Detik kemenangan hari ini mengingatkan sy kepada pemain2 ternama dunia tatkala mereka mengerahkan sepenuhnya tenaga dan berjuang sehingga ke mata point terakhir, sehinggalah menjulang trofi kemenangan. Begini rupanya pengalaman yang sangat berharga itu. pasangan androw/danim meneruskan rentak cemerlang mengalahkan 2 pasangan yang mempunyai tahap permainan yang lebih baik. androw/danim pastinya akan menjadi pasangan underdog setiap kali pasangan ini turun ke gelanggang. Tetapi dengan tekad, tidak gentar siapa shj lawan, tekad itu akhirnya berhasil, bagi sy menang dan kalah pastinya akan ditentukan di gelanggang dan sebarang andaian orang biasanya tidak akan betul. Persembahan cemerlang melawan 2 pasangan hr ini memukau banyak penonton walaupun permainan itu dianggap berat sebelah kerana lawan adalah lebih baik, namun dengan taktik permainan mix double kami mampu menumbangkan 2 pasangan bergu dan mangsa itu terpaksa menggulung tikar terkeluar dr saingan. sy seolah-olah bermain single kerana sy mengambil bola dibahagian belakang manakala pasangan sy hanya menunggu dan mengetuk bola dihadapan. Kedengaran jg teriakan penonton yang tidak suka dengan pasangan ini, memyemburkan motivasi negatif apabila sy gagal mengembalikan bola. Tetapi, kebanyakan mereka terhibur dengan permainan yang ditunjukkan. Seronok bermain dibawah tekanan tinggi. Tetapi apabila menang, seolah-olah penat itu hilang begitu shj. pasangan androw/danim akan menentang satu lagi pasangan rangking kedua kejohanan dalam pusangan keempat. Kedua-dua pasangan itu hampir seimbang dan berkemahiran tinggi, sukar sekali mencari lubuk mata. apapun mereka bukan pasangan yang tdk boleh dikalahkan, menang/kalah hanya boleh diputuskan di atas gelanggang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment