Tuesday, July 28, 2009

Misi PSKPPS Kudat kurang sempurna

Pengalaman merupakan satu daripada pengembaraan kehidupan, ianya berterusan, anda akan mengalami keadaan yang sama dalam setiap musim. Tetapi istilah yang harus diketengahkan disini adalah pembelajaran berterusan. Anggaplah setiap kegagalan adalah pembelajaran dan peluang untuk memperbaiki kelemahan. Berfikir sentiasa positif anggaplah setiap kegagalan mempunyai hikmat yang tersendiri. Badminton melabuhkan tirai dengan mencapai keputusan yang membanggakan kerana bergelar juara, tetapi yang kalah dimedan pertempuran hanya berkongsi kejayaan dengan mereka yang menang dan berjaya menyumbangkan mata pasukan. Dalam perlawanan penetuan juara Kota Belud mengalahkan Kudat 6-3. KB menang dalam semua perlawanan menentang K.marudu dan Pitas. Tahniah KB.