SMKN bermain di pentas final Bola Sepak PSKPPS Kota Belud 2009, suatu yang perlu diberi pujian oleh semua orang. SMKN tewas bermaruah, tidak ada yang perlu dipertikaikan lagi kerana kejuaraan ditentukan melalui sepakan penalti. Semua pemain telah memberikan persembahan yang terbaik, namun nasib menyebelahi pihak lawan. Kekalahan ini bermakna kejuaraan SMKN tertunda ke tahun depan. Kekalahan ini sangat mengecewakan kerana SMKN lebih menguasai perlawanan dan banyak peluang menjaringkan gol tetapi tidak disudahi dengan baik. Apapun biarlah pengalaman ini mengajar pasukan untuk terus berusaha memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan prestasi. Kalah di final adalah lebih baik daripada kalah di pusingan pertama, SMKN harus berbangga kerana terus mengharumkan nama, dan pastinya semua sekolah sedar bahawa SMKN adalah pasukan yang hebat. SMK Narinang tewas kepada SMK T.Gusi menerusi sepakan penalti. Tahniah SMKN!
Friday, July 10, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)