Sunday, March 14, 2010

All England Super Series

Mix Double
Nova Widianto/Liliana(Ina) vs Zhang Nan/Zhao Yun Lee(Chn)
21-18, 24-22, 21-18
Set pertama menampakkan persembahan cemerlang Indonesia, namun kelemahan mental mereka menyebabkan mereka kalah walaupun mendahului 18-14. Mereka banyak membuat kesilapan. malahan penambahan mata Chn terhasil daripada kesilapan mudah Indon. Set kedua persembahan seimbang dari kedua bergu, tekanan lebih tinggi keatas Indon yang kalah set pertama, namun nasib menyebelahi bergu Indon menang set ini. Set ketiga persembahan Indon lebih meyakinkan dmana satu ketika mendahului 11-6. tetapi Chn kelihatan lebih berhati-hati. Kunci ini memberi kelebihan buat pasangan itu seterusnya memenangi perlawanan ini.

Single Women
Tine Rasmussen(Den) vs Wang Yi Han(Chn)
21-14, 18-21, 21-19
Tine lebih suka mematikan bola dengan cepat, berbanding Wang yang berkelebihan bermain relay. Tine(Den) menang.

Single Lelaki
Lee Chong Wei (Mas) vs Kenichi Tago (Jpn)
21-19, 21-17
Tahniah L.C Wei berjaya mara ke perlawanan akhir buat kali kedua.
Permainan C.Wei hambar pada permulaan set, ketinggalan 7-11. Lawan banyak membuat kesilapan mudah menyebabkan C.wei mendahului dan memenangi set ini. Kenichi main mcm budak2. Set kedua, sekali mendahului L.C wei sukar untuk dikejar lagi, tanpa menoleh kebelakang beliau terus menambah mata demi mata sehingga memenangi kejohanan berprsestij 5 bintang ini. Ini adalah kejayaan pertama beliau dalam All England. Turut memenanginya ialah Mohd Hafiz 2003, pasangan Koo Kien/ Tan Bon Heong 2007. Tahniah Lee Chong Wei.