Tuesday, December 15, 2009

Pengalaman baru, meeting berakhir...Malaysia ke Final Sea Game 2009..

Jumlah skrip yg perlu diperiksa selepas pembahagian terakhir ialah 322. Begitu banyak, perlu dsiapkan before 28. Tapi semuanya pengalaman baru yg sangat berharga. kerja sebagai pemeriksa sangat mencabar. Banyak perkara yg perlu dipertimbangkan. antaranya, perlu strict tetapi berpandukan kpd skema yg disediakan, adakalanya terpaksa BOD, bagi markah jika logik wpun tiada dlm skema..Jawpan pelajar kena periksa secara teliti, pemeriksa mencari point yg boleh diberi markah. Wow!mencabar tp seronok. Kelebihannya..senang betul nak mengajar budak tentang Teknik menjawap..dan duit tetap marilah.....tinggal 311/321..

Comment tentang perlawanan Mal menentang Laos separuh akhir smlm. Tahniah Malaysia kerana berjaya membenam Tuan Rumah. Tapi Laos sebenarya bermain sangat teruk semalam..memberikan kelebihan kpd malaysia yang nampak bekerja keras dan taktik yg berkesan..ada 3 orang pemain malaysia yg nampak cemerlang. Akhir menentang Vietnam, pada perlawanan kumpulan Malaysia tewas 1-3. Tapi tekanan banyak memihak kepada Vietnam kerana mereka perlu menang dan mengekalkan kemenangan itu. malaysia perlu bekerja keras dan mengekalkan rentak seperti semasa menentang Thailand juara 10 kali berturut2. Di harap Malaysia dapat menamatkan kemarau emas 20 tahun sejak 1990 an...ambil jg iktibar 2001 dimana kalah 0-1 kpd Thailand semasa Sukan Sea d K.lumpur 2001...Semoga Berjaya!