Tuesday, November 24, 2009

Monday, November 23, 2009

Hari Keluarga SMKN November 2009

SMKN telah mengadakan Hari Keluarga bagi tahun 2009. Acara ini diadakan 2 kali dalam setahun dimana Hari Keluarga I akan diadakan di Sekolah manakala Hari Keluarga II akan diadakan di luar sekolah. Hari Keluarga yang diadakan di Restoran Beijing Taman Tun Fuad, mendapat sambutan yang hangat daripada guru, dan bukan guru. Seramai lebih kurang 150 orang yang telah menghadiri Hari Keluarga tersebut. Majlis itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran pemenang tempat kedua AF 3 Felix Agus, beliau yang bersuara hebat itu sempat mendendangkan beberapa buah lagu, antaranya Lagu Jiwa lagu Cinta nyanyian Mawi/M.Nasir dimana beliau berduet dengan Mr Androw CS, Lagu Kian (Mawi) dan Lagu Aku dan Dia. Suara artis itu tidak ubah seperti dulu, begitu merdu dan power. Selain beliau majlis itu diserikan lagi dengan dendangan lagu daripada guru-guru sendiri seperti En. Awang Irawan, En. Yuslan, En. Danny, En. Jaintin dan En. Jason. Vokal mereka juga agak mantap.Antara aktiviti lain yg dijalankan ialah Cabutan tiket bertuah, sambutan hari jadi okt-disember, anugerah best appearance, staf bertunang dan berkahwin dan guru mendapat cahaya mata. Semua hadirin merasa puas dengan makanan yang dihidangkan bersesuaian dengan konsep restoran ini bayar RM27 dan makanlah apa sahaja sampailah perut kenyang. Majlis berakhir sekitar pukul 10.30pm, gambar diselitkan dibahagian kanan kolum blog ini.

Thursday, November 19, 2009

SMKN vs St Edmund





19 Nov 2009 : Buat julung kalinya, SMKN didatangi pelawat dari St Edmund dalam perlawanan badminton persahabatan. SMKN dan St Edmund menampilkan masing-masing 5 Regu. Secara keseluruhan, permainan ini berjalan dengan lancar. SMKN mempunyai kelebihan dari segi keadaan dewan dan gelanggang namun St Edmund berjaya memberi saingan sengit. Pemain2 St Edmund menampakkan permainan berkualiti, mereka selesa dengan kemahiran bermain dan pengalaman bermain lebih memihak kepada mereka, itulah sebabnya mereka berjaya memberi saingan. Namun SMKN tetap dengan kelebihannya, mereka juga mempunyai pemain yang lebih baik. Tidak hairanlah SMKN tetap menang dengan kelebihan 1 kemenangan. Kebanyakan game berkesudahan draw. Keputusan dan analisis dicatatkan. Semoga permainan seperti ini akan dapat diteruskan dimasa hadapan. Tahniah kepada semua Pemain!


SMKN

St edmund

Results

Putra/Juitin

Sham/Mawi

Draw

Peter/Mike

Joseph/Ruji

SMKN

Meksius/Jaintin

V.Tung/Farid

Draw

Jim/Abend

Yaya/James

St Edmund

Timoty/Jhony

Manja/Francis

St Edmund

Gndrong/Danny

Joseph/Admon

SMKN

Putra/Jomiri

Sham/Mawi

St Edmund

Peter/Jaintin

V.Tung/Ruji

Draw

Meksius/Juitin

James/Farid

SMKN

Jhony/Abend

Yaya/Francis

SMKN

ANALISIS

SMKN

St Edmund

Win

4

3

Lose

3

4

Draw

3

3

WINNER : SMKN

19 Nov 2009

Venue : SMKN Hall








Wednesday, November 18, 2009

Saturday, November 14, 2009

3,000 dapat semula wang pelaburan Swisscash

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Biarpun jumlah mangsanya sebelum ini dikatakan ramai, tetapi hanya kira-kira 3,000 pelabur skim pelaburan haram Internet, SwissCash berpeluang mendapat semula wang pelaburan mereka seawal tahun depan.
Skim pelaburan yang mana 80 peratus disertai profesional lelaki dan pernah menggemparkan negara itu melibatkan pelaburan RM30 juta, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Tan Sri Zarinah Anwar pada sidang akhbar mengenai perkembangan penyiasatan SwissCash di sini hari ini.
Menurut Zarinah, pembayaran itu dibuat berdasarkan penghakiman terhadap dua defendan Amir Hassan dan Albert Lee Kee Sien, perancang utama skim itu, pada 6 November lalu.
Semasa penghakiman itu mereka bersetuju membayar RM30 juta kepada SC dan wang itu digunakan untuk membayar pampasan kepada para pelabur skim berkenaan.
Zarinah berkata, pampasan yang bakal diberikan itu mengikut pelan persetujuan pengagihan yang diputuskan oleh mahkamah.
Berdasarkan perintah mahkamah, SC perlu melantik pentadbir dan mengiklankan di dalam akhbar makluman dan prosedur pembayaran, katanya.
"Kami ingin menegaskan bahawa hanya pelabur-pelabur yang layak dan mempunyai bukti pelaburan berhak mendapat pampasan tetapi individu yang menjadi perancang utama dan merekrut ahli dalam skim ini adalah tidak layak.
"Pampasan itu turut mengambil kira keuntungan yang diperoleh sebelumnya. Ini bermakna wang pampasan yang diterima adalah setelah ditolak dengan keuntungan yang pernah diperoleh pelabur.
"Kriteria lain yang diambil kira dalam proses pembayaran adalah pampasan juga hanya dibayar kepada pelabur yang membuat pelaburan sebelum amaran dikeluarkan oleh SC mengenai skim tersebut,'' jelas beliau.
Pada 25 September tahun lalu, SC telah mendapat perintah Mahkamah Tinggi membeku dan merampas akaun tiga defendan termasuk Dynamic Revolution Sdn. Bhd. berjumlah RM35 juta itu.
Sebelum itu, mahkamah turut mengarahkan Amir Hassan memindahkan semula kesemua wang itu yang disimpan di dalam enam akaun bank di Hong Kong dan lapan akaun di Singapura dipindahkan ke Malaysia. Ia merupakan kejayaan SC dalam kes penguatkuasaan sivilnya terhadap skim pelaburan Internet itu.
Kegiatan SwissCash yang menjanjikan dividen 300 peratus selepas pelaburan selama 15 bulan terbongkar kira-kira setahun lalu.
Difahamkan skim pelaburan haram itu menerima deposit antara RM380 juta dan RM3.8 bilion daripada kira-kira 100,000 pelabur Malaysia.
Beliau menegaskan, mangsa-mangsa penyelewengan SwissCash diminta mengemukakan bukti pelaburan, kad pengenalan atau pasport dan bukti pembayaran bagi pelaburan yang dibuat melalui pemindahan telegraf, transaksi bank dan perbankan Internet.
Zarinah berkata, SC masih melengkapkan segala perincian penipuan itu setiap hari dan setakat ini, akses kerugian yang dicatatkan adalah sekitar RM31 juta.
Katanya, badan itu telah mula menerima pertanyaan berhubung skim tersebut sejak Januari hingga September 2006 tetapi hanya bertindak menyekat laman web itu pada Jun 2007.
"'Kami mengambil masa untuk menyekat laman web SwissCash kerana dalam tempoh berkenaan SC hanya menerima pertanyaan bukannya aduan penipuan.
"Tetapi pada 5 September 2006, SC ada mengeluarkan amaran kepada pelabur-pelabur dalam laman web rasmi SC ,'' ujar beliau.
Ditanya sama ada SC akan membayar pampasan kepada pelabur yang membuat pelaburan pada dan selepas tarikh tersebut, Zarinah berkata:
"Kemungkinan pelabur tidak akan dibayar pampasan tetapi SC akan mencadangkan tempoh tertentu untuk memastikan pelabur yang tidak menyedari akan amaran itu layak diberikan pampasan.''
Zarinah mengingatkan pelabur tempatan supaya berhati-hati ketika membuat pelaburan dalam skim seperti SwissCash yang menjanjikan pulangan tinggi luar biasa dalam tempoh singkat.
"Ini adalah Skim Ponzi, yang mana pulangan dibayar kepada pelabur awal daripada pelaburan yang dibuat oleh pelabur-pelabur lain.
"Skim seperti ini pasti akan mengundang kerugian, pelabur- pelabur bukan sahaja tidak akan menikmati pulangan yang dijanjikan tetapi juga kehilangan pelaburan prinsipal,'' kata beliau.
Beliau menegaskan, para pelabur skim-skim haram tidak boleh pada bila-bila masa mengharapkan badan pengawas selia kewangan memulangkan semula wang pelaburan mereka seperti kes SwissCash.
"Dan, bukan semua kes berjaya diselesaikan seperti SwissCash,'' tambahnya.

Thursday, November 12, 2009

JUPITER JATUH KE TANGGA KE 4 dan sebelah petangnya.....

12 Nov 2009: Jupiter penyandang juara sukan tahunan SMKN awal tahun 2009 jatuh ke tangga ke 4 di belakang Zurah(13), Pluto(14) dan Marikh(16) . Jupiter hanya mampu mengutip 13 pingat emas. Kalah pingat perak kepada Zurah. Guru penasihat Jupiter mensasarkan 15 pingat emas namun sasaran ini tidak tercapai disebabkan kelemahan mental atlit. Sukan ini telah berjalan dengan lancar, namun beberapa perkara harus diubah bagi menjadikan sukan ini lebih standard.Sebagai contoh, pemberian markah kepada peserta heptatlon dan pentatlon. SMKN dianggap masih ketinggalan kerana tidak mematuhi pemberian markah untuk acara ini. sebagai contoh, setiap disiplin acara yang mendapat nombor 1 akan diberi markah 10, no.2 8 markah dan sterusnya. SMKN seharusnya mematuhi standard pemberian markah berdasarkan mata untuk setiap disiplin. Jupiter berkemungkinan menambah 1 lagi emas disini jika pemberian markah itu dipakai.

Saya sebagai salah satu GP kepada rumah agak merasa kecewa dengan pencapaian Rumah, namun masi berbangga kerana telah menjalankan tugas dengan sempurna. Disebabkan semangat kesukanan yang tinggi, banyak aksi saya yang melampaui batas dan dibuat diluar kawalan dan berlaku secara spontan disebabkan terlalu mengikut emosi, namun semuanya telah menjadi pengajaran untuk masa depan. Jupiter masi berbangga lagi dengan kualiti perbarisan yang mantap. Jupiter meraih tempat pertama perbarisan cantik kali ini cuma hanya menggondol hamper.

Secara keseluruhan, banyak perkara yang boleh dijadikan teladan semasa berlangsungnya sukan ini dan ianya akan menjadi langkah pertama untuk mencapai kegemilangan akan datang.
-----------------------------------------------

Sebelah petang....
Sebagai menghilangkan tekanan dan tension, sy sempat ke st edmun bermain badminton, namun daripada 2 peluang untuk mendapat 100 plus, sy hanya mendapat 1. Kalah rubber kepada lawan. Sekali lagi sy bermain emosi dalam perlawan ini, tanpa menghiraukan pemain2 lain sy seolah-olah berlakon berteriak kuat menunjukkan kekesalan hasil kesilapan sendiri. Namun mereka hanya tersenyum ketawa memerhatikan gelagat sy. Sy langsung x menunjukkan rasa kecewa disebabkan pasangan sy banyak melakukan kesilapan. Sy bermain baik namun kesilapan itu ada sahaja....

Tuesday, November 10, 2009

JUPITER KUTIP 7 EMAS HARI PERTAMA

10 Nov 2009: SMKN buat pertama kalinya mengadakan sukan tahunan di penghujung musim persekolahan. Tetapi, disebalik keghairahan perancangan sukan ini, Jawatankuasa terlepas pandang satu perkara iaitu SPM dan STPM dimana guru perlu meneruskan p n p, pada mesyuarat sukan dulu, jawatankuasa hampir tdk mencapai kata putus d atas pertembungan ini. Bagi sy Tunda sajalah sukan ni, lg pun sukan tkn 1 akan diadakan jg tahun depan. Nasib baik, satu kata putus dbuat dmana guru SPM dan STPM perlu mengajar ikut kelas biasa, tetapi akan berada d padang apb tiada kelas, nampaknya idea boleh diterima.

Jupiter kutip 7 emas d hari pertama sukan ini. Emas dikutip oleh Talusa sawal (3000 JK PB), Watie Joh PB ( 1500 m, 3000 m Terbuka) Ewon Empin LB ( 110 LP, L,jauh), Harvey Richard LB(100m) kuartet 4 x 400 m LB. Pluto masi gah di depan mengutip 8 emas, zurah 7 emas, jupiter 7 emas. Jupiter djangka akan mengutip beberapa lagi emas esok. Tahniah diucapkan.

Monday, November 09, 2009

News and Results

1.Djokovic ends Federer's winning run

Novak Djokovic ended Roger Federer's winning run at his home-town tournament to lift the Davidoff Swiss Indoors title in Basle.

The world number one went into the match looking to win a fourth consecutive title in front of his adoring fans, but Djokovic spoiled the party with a 6-4 4-6 6-2 victory.

2. Murray victorious yet again

Andy Murray picked up his sixth title of the year with an easy win over Mikhail Youzhny at the inaugural Valencia Open.

The world number four, playing in his first tournament for nearly two months after recovering from a wrist injury, looked impressive throughout in a 6-3 6-2 win over the Russian.

3. Chelsea kukuhkan penguasaan liga kalahkan United
Chelsea mengalahkan MU 1-0...

Wednesday, November 04, 2009

Kejutan

Kejutan berlaku hari ni apabila pasangan acs/joe menumpaskan pet/abn dgan straight set 21-19, 21-10. Kali ini fokus, bijak dan positif menjadi senjata kemenangan ini. Pasangan itu nampak berusaha tetapi kesilapan sendiri mengundang malang. Kemenangan ini pastinya manis bg mereka yg menang tetapi perit bg yg kalah. Ini satu lagi kejutan.Hehehe...