Thursday, November 12, 2009

JUPITER JATUH KE TANGGA KE 4 dan sebelah petangnya.....

12 Nov 2009: Jupiter penyandang juara sukan tahunan SMKN awal tahun 2009 jatuh ke tangga ke 4 di belakang Zurah(13), Pluto(14) dan Marikh(16) . Jupiter hanya mampu mengutip 13 pingat emas. Kalah pingat perak kepada Zurah. Guru penasihat Jupiter mensasarkan 15 pingat emas namun sasaran ini tidak tercapai disebabkan kelemahan mental atlit. Sukan ini telah berjalan dengan lancar, namun beberapa perkara harus diubah bagi menjadikan sukan ini lebih standard.Sebagai contoh, pemberian markah kepada peserta heptatlon dan pentatlon. SMKN dianggap masih ketinggalan kerana tidak mematuhi pemberian markah untuk acara ini. sebagai contoh, setiap disiplin acara yang mendapat nombor 1 akan diberi markah 10, no.2 8 markah dan sterusnya. SMKN seharusnya mematuhi standard pemberian markah berdasarkan mata untuk setiap disiplin. Jupiter berkemungkinan menambah 1 lagi emas disini jika pemberian markah itu dipakai.

Saya sebagai salah satu GP kepada rumah agak merasa kecewa dengan pencapaian Rumah, namun masi berbangga kerana telah menjalankan tugas dengan sempurna. Disebabkan semangat kesukanan yang tinggi, banyak aksi saya yang melampaui batas dan dibuat diluar kawalan dan berlaku secara spontan disebabkan terlalu mengikut emosi, namun semuanya telah menjadi pengajaran untuk masa depan. Jupiter masi berbangga lagi dengan kualiti perbarisan yang mantap. Jupiter meraih tempat pertama perbarisan cantik kali ini cuma hanya menggondol hamper.

Secara keseluruhan, banyak perkara yang boleh dijadikan teladan semasa berlangsungnya sukan ini dan ianya akan menjadi langkah pertama untuk mencapai kegemilangan akan datang.
-----------------------------------------------

Sebelah petang....
Sebagai menghilangkan tekanan dan tension, sy sempat ke st edmun bermain badminton, namun daripada 2 peluang untuk mendapat 100 plus, sy hanya mendapat 1. Kalah rubber kepada lawan. Sekali lagi sy bermain emosi dalam perlawan ini, tanpa menghiraukan pemain2 lain sy seolah-olah berlakon berteriak kuat menunjukkan kekesalan hasil kesilapan sendiri. Namun mereka hanya tersenyum ketawa memerhatikan gelagat sy. Sy langsung x menunjukkan rasa kecewa disebabkan pasangan sy banyak melakukan kesilapan. Sy bermain baik namun kesilapan itu ada sahaja....