Sunday, January 17, 2010

Badminton Super Series Terbuka Korea 2010

Badminton Super Series membuka tirai 2010 d Korea. Daripada 5 acara yang dipertandingkan 3 dikuasai oleh negara tembok besar iaitu menerusi single wanita, double wanita dan double campuran. Penguasaan negara ini membuka mata negara-negara lain sampai bilakah negara ini terus menguasai sukan ini, acara badminton dahulunya dikuasai oleh negara Indonesia tetapi sekarang China lebih menyerlah. Dalam mana2 kejohanan, China la yang paling dominan menguasai sekurang-kurangnya 3 daripada 5 acara yang dipertandingkan. Single Lelaki menerusi Lee Chong Wei satu-satunya pemain bukan China yang berjaya mengungguli kejohanan pembuka tirai ini selain double lelaki menerusi gandingan Lee Yong Dae/Jung Jae Sung menghampakan harapan China. Lee Chong Wei berada dalam kelas yang tersendiri, menumbangkan Peter Hoeg Gade hanya dalam masa 34 minit 21-12, 21-11. Peter Hoeg Gade bekas pemain N0 1 dunia 1997, pemain senior tidak mampu mengekang kehebatan Lee C Wei. Tetapi kehebatan Lee Chong Wei tidak dapat duji dengan ketiadaan pemain dunia yang lain terutama Lin Dan. Lee Chong Wei mempunyai rekod paling buruk menentang Lin Dan. Selain Lin Dan pemain dari Indonesia yang sering kali membuat kejutan seperti Sony Dwi Koncoro, Simon Santoso juga tidak ada. Saingan kali ini tidak begitu tinggi disebabkan ketiadaan pemain2 ini. Double Korea juga berada dalam kelas tersendiri, double terbaik dunia ketika ini juga jarang digugat oleh mana2 pemain. Tidak hairanlah mereka merangkul banyak kejohanan besar seperti Kejohanan Dunia dan Olimpik baru2 ini. Badminton Super Series kedua akan diadakan di Malaysia minggu depan. Permainan tumpuan pastinya kepada Lin Dan dan Lee Chong Wei.

Landslide at SMKN


Landslide at smkn due to nonestop rain.