Monday, November 23, 2009

Hari Keluarga SMKN November 2009

SMKN telah mengadakan Hari Keluarga bagi tahun 2009. Acara ini diadakan 2 kali dalam setahun dimana Hari Keluarga I akan diadakan di Sekolah manakala Hari Keluarga II akan diadakan di luar sekolah. Hari Keluarga yang diadakan di Restoran Beijing Taman Tun Fuad, mendapat sambutan yang hangat daripada guru, dan bukan guru. Seramai lebih kurang 150 orang yang telah menghadiri Hari Keluarga tersebut. Majlis itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran pemenang tempat kedua AF 3 Felix Agus, beliau yang bersuara hebat itu sempat mendendangkan beberapa buah lagu, antaranya Lagu Jiwa lagu Cinta nyanyian Mawi/M.Nasir dimana beliau berduet dengan Mr Androw CS, Lagu Kian (Mawi) dan Lagu Aku dan Dia. Suara artis itu tidak ubah seperti dulu, begitu merdu dan power. Selain beliau majlis itu diserikan lagi dengan dendangan lagu daripada guru-guru sendiri seperti En. Awang Irawan, En. Yuslan, En. Danny, En. Jaintin dan En. Jason. Vokal mereka juga agak mantap.Antara aktiviti lain yg dijalankan ialah Cabutan tiket bertuah, sambutan hari jadi okt-disember, anugerah best appearance, staf bertunang dan berkahwin dan guru mendapat cahaya mata. Semua hadirin merasa puas dengan makanan yang dihidangkan bersesuaian dengan konsep restoran ini bayar RM27 dan makanlah apa sahaja sampailah perut kenyang. Majlis berakhir sekitar pukul 10.30pm, gambar diselitkan dibahagian kanan kolum blog ini.