Thursday, June 24, 2010

Won in two consecituve games

Sesuatu yang luar biasa, kunci kemenangan, tenang dalam perlawanan.

Wednesday, June 23, 2010

KECUNDANG

Pasangan pet/acs kalah s.set kpd pasangan zul/jms 17-21, 19-21 dalam perlawanan akhir. Kami dfahamkn perlawanan akan dtunda berikutan ketiadaan pengurus, tetapi terpaksa dijalankan jg. ini menyebabkan tumpuan telah hilang. Kami terpaksa bermain dua game sebelum permainan sebenar, ini menyebabkn sebahagian tenaga telah hilang. Kekalahan kali ini bersahaja saja, dalam perlawanan ini sy tidak tertekan langsung melainkan fokus sahaja kepada permainan, namun kesilapan banyak memberi mata kepada lawan. Tambahan pula, teknik serangan lawan sungguh berkesan menyebabkn kami tiada jawapan untuk menangkis serangan itu. Apapun Final kali ini sangat selesa, dan semangat melawan agak kurang. kekalahan ini juga menyebabkan pasangan pet/acs tidak boleh berganding di tournoment akan datang, Johan akan mendapat kelebihan iaitu akan kekal berpasangan untuk tour akan datang.

Penantian Final penuh debaran

Ini berita mengembirakan, kami sebenarya melangkah ke perlawanan akhir tournoment badmntn chung hwa. posting sbelum ini rupanya silap, sebenarnya FINAL. WOW..Informasi kurang tepat dr pengurus tournoment. Apapun perlawanan ini sungguh mendebarkan, baru sebentar tadi pengurus tournoment sms yg mengatakan perlawanan dijalankan lewat ataupun dtunda ke hari jumaat. perkara ini merosakkan Fokus. Hasil perbincangan antara pemain perlawanan ini tetap dijalankan hari ini. Apa yang penting, fokus sahaja terhadap perlawanan ini, tenang dan melakukan sebaik mungkin. Diharap nama SMKN dapat membawa Title kali ini.

Monday, June 21, 2010

Ke Peringkat Akhir

Pasangan acs/pet melangkah bergaya ke peringkat akhir mengalahkan pasangan msri/prncis 14-21, 21-8, 21-18. Set pertama bermula hambar apabila pasangan acs/pet sering melakukan kesilapan mudah, memberikan mata percuma kepada lawan. set kedua pasangan ini mula mengatur langkah, mengasak dan menekan lawan,usaha ini membuahkan hasil. set ketiga kedua-dua pasangan sering berkejar mata. mereka mendahului 11-7. Kami terus berusaha, mengelakkan sebarang kesilapan dan membuat lebih banyak pukulan smash. saya mula agak keletihan dikala pet sering melakukan kesilapan sengaja. kami teruskan perjuangan tanpa menoleh kebelakang lagi dan mendahului 17-14, lawan terus mengasak. kami memenangi set ketiga 21-18. Tahniah buat kedua pasangan. Perlawanan kali ini sangat sukar. Tetapi dengan keazaman yang tinggi berjaya jga akhirnya.

Monday, June 14, 2010

WORLD CUP PREVIOUS WINNER

Year Host Winner Score Runner-up
1930 Uruguay Uruguay 4-2 Argentina
1934 Italy Italy 2-1 aet Czechoslovakia
1938 France Italy 4-2 Hungary
1950 Brazil Uruguay * Brazil
1954 Switzerland West Germany 3-2 Hungary
1958 Sweden Brazil 5-2 Sweden
1962 Chile Brazil 3-1 Czechoslovakia
1966 England England 4-2 aet West Germany
1970 Mexico Brazil 4-1 Italy
1974 West Germany West Germany 2-1 Netherlands
1978 Argentina Argentina 3-1 aet Netherlands
1982 Spain Italy 3-1 West Germany
1986 Mexico Argentina 3-2 West Germany
1990 Italy West Germany 1-0 Argentina
1994 United States Brazil 0-0 aet (3-2 on penalties) Italy
1998 France France 3-0 Brazil
2002 South Korea & Japan Brazil 2-0 Germany
2006 Germany Italy 1-1 aet (5-3 on penalties) France

Thursday, June 10, 2010

Latest Update

Lama tak update blog ni...apapun ....

1. Tahniah Rafael Nadal kerana berjaya merampas semula trofi Terbuka Perancis Grand Slam..seterusnya merampas kedudukan No 1 daripada Roger Fed. Teruskan kecemerlangan untuk tournoment seterusnya.
2. LDP SMK Narinang tanpa kehadiran Pengetua
3. PTK. Soalan ptk biasanya mencabar, dan menguji kompetensi seorang guru, membaca buku bukan jaminan untuk cemerlang..yang penting sekali keupayaan anda untuk mengaplikasi semua ilmu yang ada, bukan sahaja itu kemahiran berfikir juga dituntut dalam ujian ini.
4. Menyertai kejohanan badminton d Chung Hwa, pusingan 1 akan bermula esok 11 Jun. Semoga melepasi pusingan ini..
5. Cuti-cuti malaysia...

Thursday, June 03, 2010

PERTANDINGAN KAWAD ANTARA UNIT SMK NARINANG

SMK Narinang buat pertama kalinya menganjurkan pertandingan kawad antara unit 2010. Sebanyak 7 Unit bertanding iaitu KRS, K.Bomba, ST John, Pengakap, PBSM, Puteri Islam dan Pandu Puteri. Pertandingan telah berjalan dengan lancar tetapi dibawah tahap kualiti yang sangat lemah. Berikut senarai kelemahan yang dikenal pasti: 1. Tarikh pertandingan tidak sesuai dmana masa latihan tidak mencukupi untuk berlatih, 2. Jurulatih Unit tidak diberi penerangan tentang arahan dan Litar, 3. Tidak ada sambutan d kalangan pelajar, 4. Kekurangan Jurulatih yang benar2 pakar tentang arahan kawad. Namun kebaikannya tetap ada iaitu dapat menyemai nilai murni dikalangan pelajar, integrasi kurikulum dan ko-kurikulum dan sedikit megubah iklim sekolah.
PENILAIAN: Tidak mencapai objektif sebenar. REFLEKSI:Post Mortem perlu dibuat.

KEPUTUSAN:
Ketua Platun Terbaik Perempun : KRS
Ketua Platun Terbaik Lelaki: KRS
Johan Kawad lelaki: Pengakap
Johan Kawad Perempuan :KRS