Tuesday, July 21, 2009

KESEMPATAN MEGUJI KEMAMPUAN BAKAT

Bakat yg ada harus digilap dan seterusnya diuji. Sy agak bernasib baik kali ini kerana orang masih mempercayai bakat sy dalam sukan badminton. Terpilih mewakili KB ke PSKPP bahagian merupakan satu kebanggaan dmana kita boleh menguji kemampuan sebenar setelah bermain sekian lama. Apa yang perlu dilakukan ialah berusaha sedaya upaya untuk menang. Sentiasa berfikiran positif dan fokus terhadap perlawanan. Gunakan segala pengalaman yang ada untuk menang. Semua pemain mempunyai citarasa yang sama cuma yang membezakan ialah bagaimana dia mengatasi tekanan yang menimpa. Harap dengan kemahiran dan pengalaman yg sedikit boleh membantu menghadapi kejohanan ini. Jogahton lain pula ceritanya, anda perlu mengerahkan sepenuhnya tenaga dalam masa sejam, kerana perlu berlari 10 km. Tapi ini pilihan kedua selepas badminton, pertimbangkan kemampuan dan stamina. Jika tidak bertembung, sy boleh mencuba nasib. Harap berjaya!