Saturday, February 06, 2010

Bermula Latihan Tempatan sebagai Pegawai Sukarela Askar Wataniah

Hari ini bermula Latihan Tempatan Rej 507 Askar Wataniah BTN 1. 3 Batalion di Sabah dalam Rej ini, mungkin telah bermula hari ini. Sy telah memasuki alam tentera pada tahun 2000 sebagai Pegawai Kadet Palapes di UKM, Bangi. Ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di UUM, Sintok pada tahun 2003 dan pada tahun yang sama menerima sijil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. 2 Sijil yang berbeza tetapi cukup berguna sepanjang hidup. Minat menjadi tentera timbul semasa menuntut di Pusat Matrikulasi UKM, N.Sembilan dimana sy mempunyai ramai kawan tentera pelbagai pangkat dari sabah bertugas di N.sembilan. Minat ingin mendalami hidup mereka serta menambah ilmu tentera sekaligus menyumbang kepada karier ini. Sekarang masi aktif sebagai Pegawai Sukarela di BTN 1 Komp A Rej 507 AW.

Hari ini mesyuarat pembentukan AJK baru Komp A. Jika sebelum ini sy Pengerusi, kali ini sy jadi Tim. Pengerusi 1, senang sikit tugas tahun ini. Aktiviti besar yang akan dilaksanankan dalam masa terdekat ini ialah Pembukaan Parlimen K.Belud.