Sunday, August 02, 2009

Penemuan

Mereka yang mempunyai sisa racun serangga di dalam darah mungkin lebih berisiko mendapat penyakit Parkinson. Penemuan itu adalah hasil kajian oleh ketua penyelidik dari Pusat Perubatan, Universiti Texas Southwestern, Dallas, Amerika Syarikat (AS), Profesor Dwight German.

KESAN jangka panjang penggunaan racun serangga begitu menakutkan.

Ujar German, kajian ke atas 113 pesakit mendapati sebahagian daripada mereka mempunyai sejenis bahan kimia iaitu beta-HCH yang terdapat di dalam darah pesakit Parkinson.

Ia dibuktikan berasal daripada Organochlorines iaitu sejenis pembasmi serangga yang telah diketatkan penggunaannya di AS sejak tahun 1960.

EKSTRA: Wanita yang berhadapan masalah migrain kini mempunyai satu sebab untuk menyukainya - ia mengurangkan risiko kanser payu dara. Pusat Kajian Kanser Fred Hutchinson mendapati ia disebabkan kandungan hormon estrogen yang rendah di kalangan penghidap migrain.

Kondom kurangkan risiko penyakit kelamin

Risiko mendapat sejenis penyakit genital iaitu herpes simplex virus 2 dapat dikurangkan dengan pemakaian kondom. Kajian oleh Pengarah Perkhidmatan Pencegahan dan Kawalan Penyakit STD dari Jabatan Kesihatan Awam San Francisco, Dr. Jeffrey D. Klausner menjelaskan, kondom juga mampu menghalang hampir kebanyakan bakteria, kuman serta virus yang menjadi punca kepada penyakit kelamin.


KONDOM mampu mencegah jangkitan penyakit kelamin.

Beliau berkata, sekiranya kondom mampu menampung udara dan air, ia sudah semestinya boleh menghalang penyebaran kuman yang molekulnya lebih besar daripada air dan udara

EKSTRA: Kajian oleh Persatuan Perubatan Semula Jadi Amerika Syarikat mendapati perkembangan tahap virus HIV dalam darah adalah lebih pantas pada wanita.






Sakit kepala kronik hilang menjelang umur 20 tahun

Kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik tidak lagi perlu bimbang kerana kesakitan itu akan hilang. Satu kajian mendapati 88 peratus bakal lenyap menjelang umur 20 tahun.Ketua Bahagian Institut Neurologikal, Hospital Veteran Awam Taipei, Taiwan menjelaskan, antara faktor kejadian sakit kepala kronik ialah penggunaan ubatan berlebihan sebelum berusia 13 tahun.


SEMAKIN ramai kanak-kanak menghidap sakit kepala kronik.

Jelasnya, sakit kepala kronik yang dihidapi oleh kanak-kanak ini bukanlah punca kepada kecelaruan proktek.

EKSTRA: Kekurangan maklumat serta sokongan terhadap penggunaan botol susu menyebabkan ramai bayi berada dalam risiko kesihatan, kata seorang penyelidik dari Universiti Cambridge, Dr. Rajalakshmi Lakshman.