Tuesday, May 25, 2010

Ganjaran KPI guru

Imbuhan RM900 hingga RM7,500 jika berjaya lonjak prestasi sekolah
Sempena Hari Guru , kerajaan mengumumkan ganjaran RM900 hingga RM7,500 kepada pengetua, guru besar dan guru sekolah rendah serta menengah yang mencatat prestasi cemerlang mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran, mulai tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata jika kecemerlangan diteruskan dan mereka berjaya mencapai KPI setiap tahun, ganjaran akan diberikan setiap tahun.

Beliau berkata, ia selaras konsep mengutamakan pencapaian menerusi satu daripada empat sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta memberi pengiktirafan sewajarnya kepada guru yang memberi sumbangan penting kepada rakyat dan negara.

Katanya, ganjaran akan diberi mulai tahun depan kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah melepasi sasaran 92 peratus Skor Komposit bagi sekolah menengah dan 84 peratus sekolah rendah.

Beliau berkata, Skor Komposit dikira berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan sebuah panel akan menilai pencapaian sekolah untuk mereka yang yang layak diberi ganjaran.

"Pengetua dan guru besar yang mencapai KPI akan menerima ganjaran RM7,500, manakala guru dalam kumpulan lima peratus teratas berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan, menerima RM1,800 dan 95 peratus guru berikutnya menerima RM900.

"Ganjaran akan diberi kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan kedudukan sekolah dalam ranking Skor Komposit, iaitu 2,500 tempat bagi sekolah rendah dan 300 tempat bagi sekolah menengah.

"Apabila panel penilai selesai membuat penilaian termasuk mengambil kira keputusan peperiksaan awam dan keluarkan senarai sekolah yang layak, kita akan bayar seberapa cepat kepada pengetua, guru besar dan guru terbabit," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin mengumumkan empat cadangan Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru yang boleh dilaksanakan segera bagi meringankan beban guru.

Katanya, ia adalah mengurangkan bilangan jawatankuasa peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar menerusi pengecilan jawatankuasa dengan menggabung atau memansuhkan bidang tugas bagi membantu guru menumpu perhatian kepada tugas hakiki, selain memastikan pembahagian tugas diagih secara adil untuk mengelak beban tugas tertumpu kepada guru tertentu.

Beliau berkata, jumlah peperiksaan dalaman perlu dikaji semula, bukan saja untuk meringankan beban guru, malah mengelakkan sistem persekolahan menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan.

"Tugas perkeranian di sekolah akan disusun semula menerusi garis panduan terperinci bagi membezakan tanggungjawab hakiki guru dengan tugas perkeranian, sekali gus melonjak kualiti pengajaran dan pembelajaran guru.

"Kursus penting yang perlu dihadiri guru juga akan diselaraskan di peringkat kementerian supaya tidak wujud pertindihan kursus atau guru sama terpaksa mengikuti pelbagai jenis kursus anjuran kementerian, negeri dan daerah," katanya.

Friday, May 14, 2010

Piala Thomas: Malaysia tangguh kemenangan

Malaysia terpaksa menunggu 2 tahun lagi untuk menamatkan kemarau 20 tahun bergelar juara Piala Thomas. Perlawanan separuh akhir menentang China tampak begitu hambar buat skuad malaysia. Tim malaysia seolah-olah memberi kemenangan percuma kepada China, bermula aksi hambar Datuk Lee Chong Wei, di ikuti pasangan Koo Kien Kiet/ Tan Bon Hiong dan Wong Choon Han. Perlawanan ketiga-tiga acara ini langsung tiada tentangan dari skuad malaysia dimana semua keputusan berksudahan straight set. Memalukan lagi Lee Chong wei hanya dapat 8 mata d set kedua dan choon han 7. Sangat mudah buat negara kuasa besar badminton. Persoalan sekarang, apakah faktor kekalahan malaysia dalam perlawanan itu.
Malaysia tidak sepatutnya tertekan dengan laluan menentang China. China sememangnya hebat, mempunyai barisan pemain terbaik dunia. Malaysia telah meletakkan kedudukan mereka sebagai UnderDog. Kedudukan ini sememangnya memberi kelebihan kepada mereka untuk tidak tertekan dan memberikan permainan terbaik. tetapi, kehandalan China mungkin satu psikologi buat malaysia, tekanan psikologi itu akhirnya diterjemahkan dengan kekalahan mudah. Bermain ditempat sendiri sepatutnya memberi kelebihan buat malaysia. tetapi semuanya tidak menjadi. Lee Chong Wei yang tidak pernah kalah ditempat sendiri menentang Lin Dan akhirnya akur juga dengan kehebatan pemain China ini. Lee Chong Wei bukan tandingan Lin Dan, keudukan Lee Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia masih tidak terbukti. malah beliau sepatutnya malu dengan kedudukan itu. Lee Chong Wei perlu mengubah sikap bermain, cara chong wei yang menggertak lawan dengan menunjukkan reaksi mengejek tidak sepatutnya berlaku, beliau sepatutnya bersikap lebih tenang dan tidak menunjukkan reaksi 'mengejek'. Perkara ini tidak berlaku keatas Lin Dan, Lin Dan hanya memberikan reaksi keterlaluan selepas tamat perlawanan. Lee Chong Wei harus berubah.
Apapun malaysia terpaksa menanggung kekalahan, Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak yang hadir menyaksikan perlawanan itu terpaksa berputih mata. Berlaku satu lagi sejarah buat malaysia dimana malaysia sekali gagal selepas membuat persediaan rapi dari awal lagi, promosi Piala Thomas kali ini sangat hebat untuk memberi motivasi buat skuad malaysia, tetapi semuanya tidak berhasil. BAM harus mencari pendekatan yang lebih berkesan untuk menyelesaikan faktor kekalahan malaysia.
China akan menentang Indonesia di peringkat akhir. China sekali lagi berkelebihan dalam perlawanan ini.

Tuesday, May 11, 2010

Thomas & Uber Cup Quater Final Draw



THOMAS CUP

Quarter Finals Semi Finals Finals Winner
1 [CHN] CHINA
vs
2 [KOR] KOREA
3 [DEN] DENMARK
vs
4 [MAS] MALAYSIA
5 [GER] GERMANY
vs
6 [JPN] JAPAN
7 [IND] INDIA
vs
8 [INA] INDONESIA


UBER CUP

Quarter Finals Semi Finals Finals Winner
1 [CHN] CHINA
vs
2 [IND] INDIA
3 [INA] INDONESIA
vs
4 [MAS] MALAYSIA
5 [RUS] RUSSIA
vs
6 [KOR] KOREA
7 [DEN] DENMARK
vs
8 [JPN] JAPAN

Sunday, May 09, 2010

BADMINTON MSS SABAH-MSS BARAT MENDOMINASI

Kategori Bawah 12 Tahun

Perseorangan Lelaki : MSS Barat
Bergu lelaki : MSS Barat
Perseorangan Perempuan : MSS Barat
Bergu : MSS Sandakan

Kategori Bawah 15 Tahun

Perseorangan Lelaki : MSS Pedalaman
Bergu Lelaki : MSS Barat
Perseorangan Perempuan : MSS Barat
Bergu Perempuan : MSS Barat

Kategori Bawah 18 Tahun

Persorangan lelaki : MSS Barat
Bergu Lelaki : MSS Pedalaman
Perseorangan Perempuan : MSS Sandakan
Bergu Perempuan : MSS Sandakan

TAHNIAH kepada semua pemenang.

Wednesday, May 05, 2010

Aplikasi semakan

UPU
Semakan secara online (dalam talian) boleh dibuat dengan melayari laman web UPU MOHE, UTM atau UUM. pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu UM, UPM, UTM, UIAM, UPSI, UiTM, Unimas, UTHM, UMT, USIM, UTEM, UMP, UNIMAP, UDM, UPNM

Permohonan Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011

Permohonan Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 (Fasa 2)

Matrikulasi KPM
Aplikasi Pra Universiti.