Saturday, May 30, 2009

Bendahari Komp A BTN 1 dipecat

Bendahari yang memegang kerusi panas itu dipecat ekoran sikap suka melawan arahan. Pemecatan itu berkuatkuasa serta merta.

Thursday, May 28, 2009

What's going on..

1. SMKN HAPC dirasmikan oleh Tim Pengarah Pendidikan.
2. Piano Class. Towards Grade 1.
3. Badminton St Edmund KB, 2 Games. Both won. 2 cans of 100 Plus free.

FC BARCELONA JUARA UEFA


Barcelona are the champions of Europe after beating Manchester United 2-0 at the Stadio Olimpico!ETO'O 10, MESSI 70.

Wednesday, May 27, 2009

KOTOBIAN TADAU KAAMATAN 2009

Sawo kusai sumambayang:Oi Tuhan, pontoko Oku noh duo tikit 1st prize do bulan 5 diti. om kontok oku nopo da nga bogian ku daa 3ribu dong gereja, om 2ribu no da doho..Amin

Sawo tondu:Eeh..au gia kaangam iri...3ribu bogia dati om 2ribu no dong garija.

Sawo kusai: iss..kadadaa..iri nopo nga..ponirik-nirik ku no Tuhan...KOTOBIAN TADAU KAAMATAN 2009...Ehsan SMS dari : Jacob- SMK Lohan Ranau.

Best 5 Set.
Pasangan Meks/Jtn menang 3-0. Keletihan, lama tidak turun...faktor kekalahan: Jhony A

Tuesday, May 26, 2009

Sayu dan Pilu


Demikianlah reaksi skuad guru apabila menghadiahkan kemenangan kali ini kepada pasukan pemain sekolah. Walaupun begitu, skuad guru mampu tersenyum diatas kekalahan bersejarah itu. Walaupun menang kalah adat permainan tetapi hal itu tidak sepatutnya mjadi ukuran, skuad guru harus bertepuk dada dan tanyalah sendiri kenapa kalah keatas pasukan yg pernah dikalahkan sebelum ini. Kegoyahan benteng dibahagian tengah menjadi faktor kekalahan. Selain itu, perlawanan yg terpaksa diadakan itu, telah memesongkan fokus thadap permainan oleh sebahagian besar pemain. Pemain terpaksa membatalkan rancangan asal mereka semata-mata bola. Akibatnya, 5 bola membolosi gawang. Yang teruknya penjaga gol terpaksa bergelut dengan tekanan sepanjang perlawanan ekoran kegoyahan benteng disemua sudut. Namun demikian skuad guru tidaklah menurunkan barisan terkuat seperti sebelum ini. Hal ini menyumbang kepada kekalahan. Apapun skuad guru harus berlatih, tambahkan stamina supaya tidaklah semput mengejar bola. Senarai pemain: Androw, Jinih , Raider, Sarun, Zinor, Joly, Litin, Jim, Jikon, Hilary, Meksius.

Monday, May 25, 2009

Tempat Ketiga Round Robin

25 Mei 2009 : Malang buat pasangan acs/joe kali ini yg hanya mendapat tempat ketiga permainan badminton yang dibuat secara Round Robin. Pasangan Peter/Meksius mempamerkan permainan cemerlang kali ini yang mana menumbangkan kedua2 lawan Mike/Abend, acs/joe masing2 set terus. Penentuan tempat ke 3 menjadi rebutan antara pasangan mike/abend dan acs/joe menyaksikan pasangan acs/joe terpaksa menggigit jari berikutan kekalahan mengecewakan 21-18, 17-21, 19-21 kepada pasangan itu.

"Anda mungkin lebih berpeluang utk menang jika anda bermain tanpa tekanan, anda seharusnya bermain dengan lebih tenang, berfikiran positif dan berusaha mengurangkan kesilapan. Fokus untuk menang adalah perkara kedua, apa yang penting adalah kepuasan bermain dan berupaya memberi tekanan kepada lawan. Semua itu telah cuba dipraktikkan, namun ketamakan bermain dan kelam kabut telah membawa padah. Belajarlah dari kekalahan"

Sunday, May 24, 2009

Daily Routine

Seperti biasa hari minggu pergi Church. Kebaktian lambat hari ini, biasanya pkul 10 da habis, kali ini 11.30 am. Nasib baik Hari Ibu jg, dapatlah makan nasi campur dan kek,huh sedapnya kek ibu2. Membuang masa di Kem paradise jpa budak2. Kem Paradise dapat Admin Officer baru. Dapatlah jg bertemu dgn dia, Kapten Zulkifli kah namanya, Pekat betul slank kelantannya. Nasib baik peramah jg orangnya..SJN Rosli agak sibuk buat masa ni, sdalah jadi Wasit pertandingan antara Briged melatih pula budak2. Tp tak pa lah, ada balas jg tu..Sempat pula p joging di betung hari ni ..mantap 5 round saja. hehe

Saturday, May 23, 2009

My Wedding Day 29.12.2007





Daily Routine

Menjalani rutin harian. Kalau sabtu lepas kami sekeluarga mengikuti aktiviti Futsal anjuran YundukFamily, hari ini pula berehat di rumah. Saya hanya ke Kem Paradise untuk mengikuti Latihan Tempatan Askar Wataniah. Malangnya jadual latihan telah berbalik kepada yang asal, iaitu hanya bermula pukul 1 pm, sedangkan sy bergerak seawal pukul 10 am mengikut jadual terbaru. Nasib baik maklumat diterima. Terpaksalah berehat di rumah di KB. Bergerak ke kem pukul 12.30pm, bertemu dengan semua anggota. Tiada aktiviti sukan hari ini, mencuci kereta saja...

Friday, May 22, 2009

Serba serbi tidak menjadi hari ini

Permainan badminton hari ini agak membosankan gara2 hampir tidak cukup korum, nasib baiklah Mr mike sampai tidak lama kemudian walaupun beliau sibuk dengan urusan hari besarnya. Berpasangan tidak lain & tidak bukan Joanes hr ini sekali lagi memberi tentangan sengit kepada Mike & Juitin. Saya tidak dapat bermain dengan baik hari ini berikutan kelewatan permainan dan keadaan persekitaran yang panas. Kami kalah 21-14, 15-21 dan 21-18. Permainan single dengan Mike, menyaksikan Mike kalah 21-18.

Thursday, May 21, 2009

SMKN MENANG BERGAYA



21 MEI 2009: SMKN menang bergaya dengan mengalahkan tim pemain sekolah 2-0. SMKN hampir menurunkan pemain terkuat. Secara keseluruhan, pemain tim sekolah mempunyai kelebihan dari segi stamina, tetapi gagal dari segi perancangan strategi. SMKN berkelebihan dari segi pengalaman dan perancangan bidan terjun agak berkesan kerana menghasilkan counter attack yg berkesan. Syabas SMKN! Diharap SMKN lebih unggul dan bersedia untuk perlawanan luar akan datang. Barisan pemain : Androw CS,Jamil,Hendry, Joly,Sarun,Jikon,Jomiri,Jim,Zinor,Madin,Meksius,Jinih.

Wednesday, May 20, 2009

Hampir melakar kejutan

20 Mei 2009: Pasangan acs/joanes hampir melakar kejutan apabila memberi tentangan sengit kepada pasangan veteran berpengalaman pet/jtn. Pasangan acs/joanes tewas straight set 19-21, 23-24 kepada pasangan itu. pasangan yg diturunkan sebagai underdog itu telah mengucarkacirkan permainan lawan dengan pukulan2 yg mengelirukan ,menyebabkan lawan berada dalam keadaan tertekan dan banyak melakukan kesilapan. Kemenangan mereka bererti telah mengelakkan berita kurang baik daripada dihebahkan di kantin esok. Apapun syabas kpd pasangan acs/joanes kerana mempamerkan permainan cemerlang. Sementara itu, pasangan Meksius/Abend terpaksa mengiggit jari hasil kekalahan kepada pasangan yg sedang meningkat acs/jm. pasangan acs/jm menang set terus 21-16, 21-16 tanpa sebarang tekanan. Syabas! Nyenyak tidur malam ni.

Tuesday, May 19, 2009

Permata Hatiku- Anna Vivienne A





SMKN KALAH DENGAN BERMARUAH

19 MEI 2009. SMKN sekali lagi mendapat tamparan hebat apabila kalah 0-2 kepada lawan dari Taginambur. Dengan kehadiran 9 orang pemain dan khidmat 2 orang pelajar, smkn mempamerkan semangat juang yang tinggi. Namun dengan kelebihan usia, pihak lawan bernasib baik kali ini. Kemenangan lawan dibantu pula oleh cuaca buruk, skuad guru agak gayat bermain dengan cuaca buruk. yang kalah tetap kecewa, tp sudah menjadi adat permainan, belajar terus dari kekalahan. Senarai pemain: Meksius, Jikon, Joly, Sarun, Madin, Jamil, Hendry, Jomiri, Androw CS. Syabas!

Badminton: Tiada apa yang dapat dibanggakan, sudahlah kalah bola sepak, tidak sempat bermain badminton pula lagi.

Monday, May 18, 2009

KEMENANGAN SEMPURNA

18 MEI : Pasangan acs/jm mengalahkan pasangan pet/jtn dengan set terus 21-15, 21-18. Bermain tanpa tekanan antara kunci kemenangan disamping sentiasa mengelakkan kesilapan. Namun pasangan pilihan jm/abnd dikecewakan oleh pasangan acs/joe, walaupun berkesudahan draw. tp pasangan acs/joe merupakan underdog namun berupaya menang. hehe..nyenyak tidur malam ni.

Sunday, May 10, 2009

MUTD JUARA EPL MUSIM INI


Siapakah pasukan paling layak menjadi juara EPL & UEFA. Persoalan sudah pun terjawap. MUTD telah pun mengesahkan kejuaraan EPL musim ini.

Friday, May 08, 2009

Jadual Penyelarasan PEKA 2009

Terdapat 6 orang Pentaksir telah dipilih. Mereka ialah En. Peter semudin [SMK Narinang], En. Paujin Gunting [SMK Desa Wawasan], En. Sabdani Batang [SMK Dato peter Mojuntin], En. Richard David Godomon [SMK ST Michael Penampang], Pn. Yusniza Azali [SMK Kota Marudu] dan Cik Henerita Rayawah [SMK Bukit Garam II Kinabatangan]. Pemantauan akan dilakukan pada bulan Julai. Namun jadual pemantauan dikeluarkan oleh JPN unit peperiksaan. Sila bersedia.

Sunday, May 03, 2009

Yunduk Family Badminton Tournoment

Buat julung kalinya sambutan Hari Keluarga Yunduk 2009 menampakkan kelainan. Bersempena dengan sambutan ini , satu kejohanan badminton tertutup keluarga Yunduk telah diadakan di Dewan Taman Kinabalu pada 3 mei 2009. Apa yang menarik disini ialah Putraceleron telah menjuarai kategori single lelaki terbuka dan hampir mendominasi kategori bergu (Naib Juara). Kejohanan ini disertai oleh pemain-pemain yang datang dari keluarga Yunduk sendiri dan mempunyai sejarah pernah mendominasi sukan ini satu ketika dulu pada peringkat kampung/luar kampung dan sampailah sekarang. Sila layari http ://yundukfamily.blogspot.com