Friday, January 29, 2010

Australian Open 2010

Australian Open 2010 : Pasangan adik beradik William, Venus & Serena muncul juara sekali lagi dalam double wanita terbuka australia 2010. Ini adalah kejuaraan keempat mereka dalam kejohanan ini dan sekaligus mempertahankan gelaran yang dimenangi tahun lepas. Mereka mengalahkan pilhan utama yg juga double no 1 dunia C.black(Zim)/Huber(USA) 6-4, 6-3. Serena William akan beraksi sekali lagi dalam final single menentang bekas pemain no 1 Justin henin. Justin henin telah mengejutkan dunia tenis apabila mengumumkan bersara pada 2008 wpun ketika itu beliau berada di rangking no 1. Penganalisis tenis menyifatkan pertembungan kedua-dua pemain ini sebagai buku dan ruas, kedua-dua pemain mempunyai peluang 50/50 untuk menang. Ketika ini Serena memenangi 11 kejohanan major dan jika menang kali ini beliau akan menyamai rekod Billie jean King, pemenang Grand Slam 12 kali.

Federer meneruskan aksi menakjubkan apabila mudah menundukkan J.Tsonga dari perancis dengan straight set. Beliau akan bertemu dengan Andy Murray dr Britain dalam perlawanan akhir tenis lelaki. Andy murray belum memenangi kejohanan Major ketika ini, jika menang, ini merupakan grand slam pertamanya dan akan mencatatkan sejarah satu-satunya pemain britain yang memenagi kejohanan grand slam. Bagi federer, tidak ada lagi yang mampu diperkatakan, beliau sudah menjadi pemain tenis paling tersohor ketika ini, memenangi 15 kejohanan grand slam dan merupakan pendahulu senarai pemenang di hadapan pete Sampras 14 grand slam. federer tidak mempunyai tekanan yang begitu tinggi dalam perlawanan yang sengit ini selain mahu melebarkan rekod kemenangan grand slam. Saya hanya berharap Andy Murray akan melakukan yang terbaik kali ini, dan akan menebus kekecewaan pada US Open tahun lepas ditangan Federer lawan yang sama kali ini.

No comments: