Saturday, October 03, 2009

Cara Bagaimana Untuk Tarik Minat Anak Mempelajari Perkara Baru

Selalunya kanak-kanak akan merasa tertekan bila dia dipaksa mempelajari sesuatu perkara yang dia tidak suka atau minta apatah lagi jika kita menggunakan kekerasan terhadap dirinya sudah pasti setiap ilmu yang dipelajarinya akan ingat, ingat lupa..atau paling tidak pun ilmu itu akan lepas begitu sahaja.

Bagi kebanyakan ibu bapa apabila melihat anak-anak itu belajar dengan tanpa disuruh atau dipaksa, sudah pasti akan membuatkan setiap hati ibubapa senang melihatnya. Bagi menjadikan hal-hal tersebut menjadi kenyataan adalah..

  1. Peranan ibubapa (mendidik atau memupuk) juga turut menyumbang pola pemikiran pada anak-anak.
  2. Pangkulah anak anda dan berikan perhatian kepada anak anda semasa proses pembelajarannya berlaku. Cara ini dapat memupuk semangar belajarnya.
  3. Ajaklah anak anda bermain dengan alat permainan yang mempunyai ciri-ciri penjelasan seperti contoh alat permainanyang dapat mengeluarkan bunyi cara ini dapat mebangkitkan minta anak itu sendiri untuk mengetahui sebab, mengapa, dan akibat. Hal sebegini akan dapat memancu anak untuk ingin tahu.
  4. Jangalah lupa berikan pujian dan penghargaan diatas hasil karyanya, maka ini akan menyuntik semangatnya untuk lebih berprestasi lagi.
  5. Jauhilah dari penggunaan kata-kata kesat pada anak anda, ini kerana ia akan menimbulkan rasa rendah diri pada anda itu sendri. Namun dikuhatiri anak tersebut akan membalikkan semuala bahasa kesat tersebut kepada anda.
  6. Sesekali berikan dia bimbingan serta kalimat atau sebarang ucapan yang bisa membuatkan hatinya senang sebagai motivasi saat belajar.
  7. Ungkapkan pujian Seperti contoh:- Wah! adik pandailah jawab soalan matametik hari ini. Bukan apa ini adalah cara untuk menyerlahkan lagi potensi kebolehan dia dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.
  8. Bahaslah bersama anak apa yang telah dibaca. Dengan cara ini dapat membantu anak untuk mengingati semula apa yang telah dipelajarinya sebentar tadi
TIPS DIET UNTUK KURUSKAN BADAN
  • Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.
  • Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.
  • Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
  • Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
  • Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
  • Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
  • Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
  • Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau… Sesekali Tidak Mengapa.

No comments: