Friday, September 25, 2009

Breaking News

Friday 26 of sept- Was in KK.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
YONEX OPEN JAPAN
SEMI FINAL MEN
Chunlai BAO[CHN]
-
[VIE] Tien Minh NGUYEN [8]
Simon SANTOSO[INA]
-
[INA] Taufik HIDAYAT [4]
T.Hidayat march on Final by def Simon 13-21,21-12,21-18
----------------------------------------------------------------------------------------------------
PANDUAN CARA BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT ORANG TERTARIK DA SUKA PADA KITA
  • 1. Murahkan SENYUMAN

Cara paling mudah supaya orang tertarik dan suka tengok kita ialah tidak lain dan tidak bukan, SENYUM lah. Senyum memberikan daya tarikan yang cukup hebat. Senyum mampu menawan setiap hati yang memandangnya. Jadi, banyakkanlah senyuman. Senyum kepada sesiapa saja. Senyumlah dari hati. Senyuman dari hati akan jatuh ke hati.

Sebenarnya kalau saya nak cerita pengalaman saya mengenai kebaikan senyuman ni, memang terlampau banyak. Tapi cuma 1 saya nak kata, senyuman sayalah yang menjadi asbab pertemuan saya dengan isteri saya sekarang. :)

Jadi, toksah cerita panjang. Senyumlah selalu. InsyaAllah anda pasti di sukai orang.

* Bagi mereka yang susah nak senyum, lawatilah blog saya ini SmileMakeSmile.

  • 2. Sebarkan SALAM (Beri salam dan ucap selamat)

Ini pun satu perkara yang cukup penting untuk diamalkan. Ucapan salam dan selamat bukan saja merupakan satu betuk doa kepada orang lain, malah ia mampu memberikan satu mesej getaran atau aura yang boleh membuatkan orang lain rasa dirinya dihormati dan dihargai.

Saya seringkali menerima ucapan salam dari pekerja Bangla yang bekerja di stesen minyak. Walaupun saya tak kenal dia, dan pekerja Bangla tu pun tak kenal saya, tapi dek kerana salam yang diberikan itu, membuatkan diri saya rasa dihormati. Saya juga rasa hormat dan kagum dengan akhlak mulia yang ditunjukkan oleh pekerja Bangla tu.

Pernah juga satu hari, ketika saya berjalan menuju ke surau di MidValley, ada seorang Pak Arab memberi salam pada saya, sambil melemparkan senyuman. Walaupun saya tak kenal Pak Arab tu, tapi dia telah beri salam dan senyum pada saya. Masa tu saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya. Seronok dan terharu sekali. Terus serta merta dalam hati saya, datang rasa hormat dan suka pada Pak Arab tu (walaupun saya tak kenal dia).

Kisah sebaliknya. Di kilang tempat saya bekerja ni, ada seorang boss (orang Jepun). Boss ni sebenarnya seorang yang baik hati dan pemurah. Saya sudah bekerja dengan dia sejak tahun 2003 lagi. Jadi saya memang kenal dia. Masalah boss saya ni, cuma ada 1 jer. Boss saya ni tak suka senyum dan jarang beri ucap selamat pada orang. Kadang-kadang, orang ucap selamat pagi pun dia tak balas.

Disebabkan oleh sikapnya yang jarang senyum dan jarang beri ucap selamat ni, boss saya ni terkenal sebagai seorang yang sombong dikalangan pekerja di kilang ni. Walaupun dia seorang yang baik hati dan pemurah (selalu belanja saya makan di restoran2 yang mahal dan selalu beli buah tangan dari Jepun untuk saya), tapi disebabkan dia susah nak beri ucap selamat, maka orang lain ingat dia sombong dan berlagak. Sedangkan saya kenal dia, boss saya tu bukanlah seorang yang sombong dan berlagak.

Tapi apa boleh buat, walaupun dia baik, tapi dari pandangan mata orang lain, dia seorang yang sombong dan tidak baik. Sebab apa jadi begitu? Sebabnya, dia jarang senyum dan jarang beri salam atau ucap selamat pada para pekerjanya.

Sekian, itulah 2 perkara asas yang sangat penting untuk anda amalkan supaya orang lain suka dan tertarik pada anda.

  1. Murahkanlah SENYUMAN
  2. Sebarkanlah SALAM

No comments: