Tuesday, June 30, 2009

Skuad Guru boleh buat yang lebih baik

Keputusan seri 3-3 dengan campuran zon Selatan sedikit memberi kelegaan buat skuad ini. Namun peluang mengecapi kemenangan dipersiakan oleh skuad ini apabila gagal meneruskan rentak disaat akhir. Keputusan seri begitu bermakna buat skuad ini kerana berjaya menepis sebarang kritikan yg bakal menanti. Pujian harus diberikan kepada semua pemain kerana telah melaksanakan tugas masing-masing, jika setiap pemain tahu akan peranan masing2 kejayaan pasti menanti. Kejayaan tidak mudah untuk digapai tanpa kerja keras. perlawanan ini juga sebagai pemanas badan untuk menghadapi perlawanan PSKPPS yang bermula esok. Dengan harapan semua pemain mendapat semangat baru untuk terus cemerlang. Semoga berjaya..

No comments: