Tuesday, May 26, 2009

Sayu dan Pilu


Demikianlah reaksi skuad guru apabila menghadiahkan kemenangan kali ini kepada pasukan pemain sekolah. Walaupun begitu, skuad guru mampu tersenyum diatas kekalahan bersejarah itu. Walaupun menang kalah adat permainan tetapi hal itu tidak sepatutnya mjadi ukuran, skuad guru harus bertepuk dada dan tanyalah sendiri kenapa kalah keatas pasukan yg pernah dikalahkan sebelum ini. Kegoyahan benteng dibahagian tengah menjadi faktor kekalahan. Selain itu, perlawanan yg terpaksa diadakan itu, telah memesongkan fokus thadap permainan oleh sebahagian besar pemain. Pemain terpaksa membatalkan rancangan asal mereka semata-mata bola. Akibatnya, 5 bola membolosi gawang. Yang teruknya penjaga gol terpaksa bergelut dengan tekanan sepanjang perlawanan ekoran kegoyahan benteng disemua sudut. Namun demikian skuad guru tidaklah menurunkan barisan terkuat seperti sebelum ini. Hal ini menyumbang kepada kekalahan. Apapun skuad guru harus berlatih, tambahkan stamina supaya tidaklah semput mengejar bola. Senarai pemain: Androw, Jinih , Raider, Sarun, Zinor, Joly, Litin, Jim, Jikon, Hilary, Meksius.

1 comment:

Mimno2 said...

Biasala adat permainan ada kalah dan menang...