Wednesday, December 23, 2009

321 skrip telah selesai diperiksa..

Horrey..akhirnya habis juga 321 skrip tu.memang letih dan boring. sasaran selesai sebelum krismas tercapai, langkah seterusnya crossing dgn kawan untuk double check jumlah markah, sebelum meeting kedua pada 28 dec. pengalaman memeriksa kertas memang banyak dan berfaedah, klu di kelas kita berpesan kpd budak supaya memperbaiki tulisan supaya pemeriksa senang nak baca, sekarang kita dah jadi pemeriksa, memang benar! boring betul memeriksa tulisan yang buruk..hehe..

sekarang fokus kpd sambutan krismas..tahun ini sy merayakan krismas di kg Lingga Baru Kg istri, tahun lepas di Kg Kiau. Gembira apabila natal tiba kerana ini mengingatkan kita kpd kematian yesus dan kebangkitanNya memberi jaminan Keselamatan kepada yang percaya. Sy mengucapkan selamat menyambut Krismas 2009..Maaf Zahir dan batin.......

Tuesday, December 22, 2009

Day 5, 6-4531/2 SPM 2009 Examiner


Day 5-hari ahad sy off menanda, balik kg untuk relax..Di kg tiada pula masa menanda wpun ada membawa script.

Day 6-sebanyak 30 script selesai menjadikan jumlah kesemua 246/321 semakin menghampiri sasaran. Terasa sangat letih, x cukup rehat, x cukup tidur...

Saturday, December 19, 2009

Day 4-4531/2 SPM 2009 Examiner


Hari Keempat sy memeriksa, nasib baik sda lebih separuh selesai. Penat, boring, tidak cukup tidur macam-macam ada, perlu ambil cuti sehari untuk mengembalikan tenaga....

Thursday, December 17, 2009

4531/2 SPM 2009 Examiner



Tiada kerja lain melainkan menanda kertas 4531/2. Setakat 4.40 Pm tadi sebanyak 72 skrip selesai diperiksa, itu merupakan 1 pusat SPM. Masi banyak skrip yang perlu diperiksa. sasaran sy: dapat menyelesaikan sebelum krismas, agar suasana krismas dapat jg dirasai tahun ini.

Wednesday, December 16, 2009

Struggle with Marking

Harapan dapat selesaikan sebelum krismas..

Tuesday, December 15, 2009

Pengalaman baru, meeting berakhir...Malaysia ke Final Sea Game 2009..

Jumlah skrip yg perlu diperiksa selepas pembahagian terakhir ialah 322. Begitu banyak, perlu dsiapkan before 28. Tapi semuanya pengalaman baru yg sangat berharga. kerja sebagai pemeriksa sangat mencabar. Banyak perkara yg perlu dipertimbangkan. antaranya, perlu strict tetapi berpandukan kpd skema yg disediakan, adakalanya terpaksa BOD, bagi markah jika logik wpun tiada dlm skema..Jawpan pelajar kena periksa secara teliti, pemeriksa mencari point yg boleh diberi markah. Wow!mencabar tp seronok. Kelebihannya..senang betul nak mengajar budak tentang Teknik menjawap..dan duit tetap marilah.....tinggal 311/321..

Comment tentang perlawanan Mal menentang Laos separuh akhir smlm. Tahniah Malaysia kerana berjaya membenam Tuan Rumah. Tapi Laos sebenarya bermain sangat teruk semalam..memberikan kelebihan kpd malaysia yang nampak bekerja keras dan taktik yg berkesan..ada 3 orang pemain malaysia yg nampak cemerlang. Akhir menentang Vietnam, pada perlawanan kumpulan Malaysia tewas 1-3. Tapi tekanan banyak memihak kepada Vietnam kerana mereka perlu menang dan mengekalkan kemenangan itu. malaysia perlu bekerja keras dan mengekalkan rentak seperti semasa menentang Thailand juara 10 kali berturut2. Di harap Malaysia dapat menamatkan kemarau emas 20 tahun sejak 1990 an...ambil jg iktibar 2001 dimana kalah 0-1 kpd Thailand semasa Sukan Sea d K.lumpur 2001...Semoga Berjaya!

Sunday, December 13, 2009

Pemeriksa kertas 4531/2 SPM 2009

Hari Pertama meeting tempatan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah Penampang. Hari kedua meeting akan bersambung esok 14 Dec. Meeting akan berakhir pd 15 Dec. Aktiviti hari ini ialah Penyelarasan Markah daripada Ketua Pasukan dan para pemeriksa. Sementara itu banyak perkara lain yang dibincangkan. Seorang pemeriksa kena memeriksa 290 skrip dan dilaksanakan sebelum 28 Dec. Nampaknya saya kena berkuarantin dirumah sepanjang masa itu, Krismas pun tidak meriah kali ini disebabkan kesibukan . Plan asal, sy perlu berada d Maktab Sabah pd petangnya utk menunaikan ajakan kwn utk bermain. Tp malangnya tdk tertunai disebabkan masalah tertentu.

Thursday, December 10, 2009

Bermain di Maktab Sabah

Bersempena cuti hujung tahun sy berkesempatan bertandang ke maktab sabah untuk bermain badminton, pemain2 yg sempat bermain semuanya hebat2 belaka..komen dari segi gelanggang memang bagus, melekat cuma semua newcomer harus dapat menyesuaikan diri dgn gelanggang baru...

Tuesday, December 08, 2009

Monday, December 07, 2009

Raja Sehari Jameson&Nuseh 5th Dec 2009






Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...