Tuesday, July 28, 2009

Misi PSKPPS Kudat kurang sempurna

Pengalaman merupakan satu daripada pengembaraan kehidupan, ianya berterusan, anda akan mengalami keadaan yang sama dalam setiap musim. Tetapi istilah yang harus diketengahkan disini adalah pembelajaran berterusan. Anggaplah setiap kegagalan adalah pembelajaran dan peluang untuk memperbaiki kelemahan. Berfikir sentiasa positif anggaplah setiap kegagalan mempunyai hikmat yang tersendiri. Badminton melabuhkan tirai dengan mencapai keputusan yang membanggakan kerana bergelar juara, tetapi yang kalah dimedan pertempuran hanya berkongsi kejayaan dengan mereka yang menang dan berjaya menyumbangkan mata pasukan. Dalam perlawanan penetuan juara Kota Belud mengalahkan Kudat 6-3. KB menang dalam semua perlawanan menentang K.marudu dan Pitas. Tahniah KB.

Tuesday, July 21, 2009

KESEMPATAN MEGUJI KEMAMPUAN BAKAT

Bakat yg ada harus digilap dan seterusnya diuji. Sy agak bernasib baik kali ini kerana orang masih mempercayai bakat sy dalam sukan badminton. Terpilih mewakili KB ke PSKPP bahagian merupakan satu kebanggaan dmana kita boleh menguji kemampuan sebenar setelah bermain sekian lama. Apa yang perlu dilakukan ialah berusaha sedaya upaya untuk menang. Sentiasa berfikiran positif dan fokus terhadap perlawanan. Gunakan segala pengalaman yang ada untuk menang. Semua pemain mempunyai citarasa yang sama cuma yang membezakan ialah bagaimana dia mengatasi tekanan yang menimpa. Harap dengan kemahiran dan pengalaman yg sedikit boleh membantu menghadapi kejohanan ini. Jogahton lain pula ceritanya, anda perlu mengerahkan sepenuhnya tenaga dalam masa sejam, kerana perlu berlari 10 km. Tapi ini pilihan kedua selepas badminton, pertimbangkan kemampuan dan stamina. Jika tidak bertembung, sy boleh mencuba nasib. Harap berjaya!

Friday, July 17, 2009

Bola Sepak: Malaysia akan menentang MU

Esok Malaysia akan menetang MU. Kalah menang belakang kira, yang penting peluang bermain dengan pasukan yang berfrofile tinggi, mempelajari kemahiran mereka. Saya harap Malaysia dapat memberi tentangan yang sengit kepada pasukan juara piala FA ini.

Thursday, July 16, 2009

Pemilihan wakil PSKPPS ke bahagian tidak profesional.

Terdapat beberapa sukan yang menyenaraikan pemain yang lemah. Pemain yang baik dan boleh membantu pasukan tidak disenaraikan. Ada yang tidak muncul dalam pemilihan, tiba-tiba tersenarai. Inilah yang dimaksudkan dengan sikap kronisme. Selagi mereka berkuasa, selagi itu sikap ini terus meresap. Dengan harapan mereka akan sedar dengan kesilapan ini.

Tuesday, July 14, 2009

Gelombang kekalahan SMKN terus diperkatakan

Kekalahan skuad guru terus diperkatakan dimana-mana di sekolah. Perkara kecil & besar dirungkaikan satu persatu menjadikan ia cerita yg melucukan. Namun disebalik ceritera itu, satu kesimpulan dibuat bahawa skuad guru smkn adalah pasukan yang penuh semangat kesukanan, segala komen yang diterima harus dijadikan pengajaran. Namun yang melihat sendiri perlawanan itu bolehlah membuat kesimpulan sendiri dan berkongsi pendapat dengan semua pemain agar mutu permainan dapat ditingkatkan lagi.

Friday, July 10, 2009

KEJUARAAN YANG TERTUNDA

SMKN bermain di pentas final Bola Sepak PSKPPS Kota Belud 2009, suatu yang perlu diberi pujian oleh semua orang. SMKN tewas bermaruah, tidak ada yang perlu dipertikaikan lagi kerana kejuaraan ditentukan melalui sepakan penalti. Semua pemain telah memberikan persembahan yang terbaik, namun nasib menyebelahi pihak lawan. Kekalahan ini bermakna kejuaraan SMKN tertunda ke tahun depan. Kekalahan ini sangat mengecewakan kerana SMKN lebih menguasai perlawanan dan banyak peluang menjaringkan gol tetapi tidak disudahi dengan baik. Apapun biarlah pengalaman ini mengajar pasukan untuk terus berusaha memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan prestasi. Kalah di final adalah lebih baik daripada kalah di pusingan pertama, SMKN harus berbangga kerana terus mengharumkan nama, dan pastinya semua sekolah sedar bahawa SMKN adalah pasukan yang hebat. SMK Narinang tewas kepada SMK T.Gusi menerusi sepakan penalti. Tahniah SMKN!

Thursday, July 09, 2009

Keputusan Badminton, Bola Sepak PSKPPS 2009

BADMINTON
Pasangan Oliver/Androw menewaskan pasangan adynedar/Zul dalam rubber game 19-21, 21-18, 21-16 dalam perlawanan akhir bergu lelaki terbuka PSKPPS Kota Belud 2009. Tahniah!
BOLA SEPAK
SMKN menang bergaya dengan menewaskan Zon Timur 2-1 dalam perlawanan separuh akhir petang tadi. Lawan seterusnya pada peringkat akhir ialah SMK Taun Gusi yang menewaskan SMK Tambulion 2-1 dalam separuh akhir kedua. SMKN telah menewaskan Taun Gusi 1-0 di peringkat kumpulan sebelum ini. Semoga SMKN berjaya memburu kejuaraan musim ini. Tahniah SMKN!

Tuesday, July 07, 2009

SMKN menghampiri kejuaraan

SMKN berjaya mengalahkan SMK Arshad 2-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan petang tadi. Kemenangan ini menjadikan SMKN Juara Kumpulan dengan mengutip 9 mata. Kemenangan ini sekaligus melayakkan SMKN ke peringkat separuh akhir bola sepak PSKPPS Daerah Kota Belud. Dengan ketiadaan Jurulatih dan beberapa pemain, SMKN masih mempamerkan permainan mantap pada separuh masa pertama. Peluang keemasan yang banyak pada set itu gagal disempurnakan. SMKN terus kempunan gol walaupun SMKN menguasai sepenuhnya perlawanan pada set itu. Jaringan pendahuluan putraceleron pada separuh masa kedua memecah kebuntuan skuad guru. Jaringan itu nyata melegakan pasukan dan telah menaikkan semangat skuad. Namun kegoyahan benteng pertahanan skuad menyebabkan gawang dibolosi. Beberapa pemain leka hasil pendahuluan 2-0 ditambah lagi dengan kesemputan pemain2. Namun tahniah Skuad guru diatas kemenangan ini.

Rekreasi Badminton
Rutin biasa badminton SMKN diteruskan hari ini dengan kejutan besar berlaku. Pasangan acs/joe menumbangkan pasangan mike/aben dengan set terus 22-20 21-18. Pasangan acs/aben draw dengan pasangan meks/jtn(kelebihan agregate).

Monday, July 06, 2009

Di Sebalik Kegemilangan Roger Federer

Roger melakar sejarah Tenis apabila mencipta kejuaraan 15 Grand Slam memintas rekod Pete Sampras(14 Grand Slam). Roger mengalahkan Andy Roddick dalam perlawanan sengit 5 set, nyata pengalaman memberi kelebihan kepada Roger apabila memenangi set penentu 16-14. Roddick kelihatan letih, Roger mengambil kesempatan ini untuk Juara. Ramai peminat Tenis yang menyokong Roger namun ramai juga yang tidak menyokong. Apapun Federer adalah 1 dalam 1000, beliaulah antara ahli sukan tenis tersohor sepanjang zaman, dan semua orang perlu menerima hakikat ini. Bakat yang beliau ada harus dicontohi oleh semua peminat2 sukan. Selain melakar sejarah, beliau turut merampas kedudukan Rangking no 1 daripada Rafael Nadal yang masi lagi bergelut dengan kekecewaan dan kecederaan. Rafa harus mencontohi jejak Roger, bukan melarikan diri apabila tewas dalam satu2 perlawanan. Namun pastinya, Rafa cuba untuk memberikan yang terbaik untuk dirinya sendiri dan juga semua peminatnya namun bebas dari kecederaan perkara yang harus diutamakan. Rafa telah mengambil langkah bijak untuk berehat sementara kecederaannya pulih sepenuhnya. Saya berharap semua pengalaman perit yang beliau lalui akan menjadi pengajaran buat Nadal. Rafael Nadal boleh menjadi seperti Roger dan boleh melakar lebih banyak kejuaraan Major.

Saturday, July 04, 2009

SMKN Menang 2-1

3 Julai 2009: Skuad guru SMKN menang 2-1 mengalahkan SMK Usukan dalam perlawanan berat sebelah dan penuh emosi. Pengadil yang lebih memihak kpd SMK Usukan terpaksa mengigit jari diatas kemenangan bergaya skuad Guru . SMKN melangkah ke perlawanan seterusnya hasil kemenangan itu. Tahniah SMKN.


WIMBLEDON 2009
Hampir semua saingan lelaki dan wanita didominasi pemain Amerika. Roger teruskan kemaraan melakar 1 lagi sejarah menjadi pemain lelaki pertama masuk ke final wimbledon sebanyak 7 kali. Roger akan bertemu Andy Roddick di pentas final, Roddick mengalahkan Andy Murray yg cuba melakar sejarah menjadi pemain Britain pertama menjuarai Wimbledon. Saingan wanita di dominasi pasangan adik beradik venus dan serena. Mengharapkan Roddick dapat memburu gelaran grand slam kedua sepanjang kariernya. Go Roddick!

Wednesday, July 01, 2009

SMKN tebus kekalahan 2007

SMKN menebus kekalahan keatas SMK taun Gusi tahun 2007 dengan jaringan yang sama 1-0. Tahniah buat SMKN. SMKN agak bernasib baik kali ini, kerana tahap permainan kedua-dua pasukan hampir sama. Diharap dengan kemenangan ini, akan membantu menaikkan semangat skuad guru untuk perlawanan akan datang.

Sempat lagi bermain badminton. 4 set.....