Tuesday, October 12, 2010

Antara yang menarik...

Perkhemahan KOKUM SMKN
Detik bersejarah kali ini apabila penutupan perkhemahan dcemari kontroversi, memalukan tindakan itu daripada orang yang bukan sepatutnya. Tetapi ada kebaikan juga peristiwa itu berlaku supaya semua orang dapat membuka mata dan sedar betapa pentingya keputusan mesyuarat sebulat suara. Kelemahan paling ketara kali ini ialah, keputusan mesyuarat sangat berbeza dari apa yg telah dibincangkn sebelumnya atau pemahaman orang terhadap keputusan mesy berbeza. Kalau boleh, tidak ada lagi orang yang datang berbincang selepas selesai mesyuarat. Secara keseluruhan, perkhemahan kali ini tidak dapat mencapai objektif sebenar.
Rafael tumbang di Bangkok tetapi menebus maruah di Tokyo
Nadal yg masih segar dari kejuaraan G.Slam US Open, tumbang d separuh akhir terbuka Thailand oleh rakan senegara, tetapi menebus kekecewaan itu di kej ATP Tokyo dengan menjuarai kej itu. Sasaran seterusnya ialah Piala Masters.
SMKN Cipta Sejarah
Menjalankan P n P dalam masa peperiksaan PMR sedang berjalan. Haha..
Sukan Komanwell
Sukan ini seakan tidak berkualiti, apabila tidak ramai yang memilih menonton siaran ini..

Saturday, September 18, 2010

RAFAEL NADAL JUARA TERBUKA US

Rafael Nadal mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai tenis terbuka amerika syarikat sekaligus melengkapkan keempat-empat grand slam. Dalam perlawanan akhir itu, beliau mengalahkan Novak Djokovic dalam 4 set 6-4, 5-7, 6-4, 6-2. Beliau sekarang sebaris dengan J. Borg, A.agassi, R.Federer dalam senarai pemenang kesemua grand slam Tennis. R. Nadal telah memenangi 9 grand slam setakat ini dan berhasrat untuk menambah koleksi itu. R. Nadal mengukuhkan kedd no 1 dalam rangking tennis dunia. Tahniah Rafa!

Saturday, July 24, 2010

Ketiga Jogahton PSKPPS KB

Tiada training ba..berat badan kena kc kurang lagi.

Friday, July 09, 2010

Thursday, June 24, 2010

Won in two consecituve games

Sesuatu yang luar biasa, kunci kemenangan, tenang dalam perlawanan.

Wednesday, June 23, 2010

KECUNDANG

Pasangan pet/acs kalah s.set kpd pasangan zul/jms 17-21, 19-21 dalam perlawanan akhir. Kami dfahamkn perlawanan akan dtunda berikutan ketiadaan pengurus, tetapi terpaksa dijalankan jg. ini menyebabkan tumpuan telah hilang. Kami terpaksa bermain dua game sebelum permainan sebenar, ini menyebabkn sebahagian tenaga telah hilang. Kekalahan kali ini bersahaja saja, dalam perlawanan ini sy tidak tertekan langsung melainkan fokus sahaja kepada permainan, namun kesilapan banyak memberi mata kepada lawan. Tambahan pula, teknik serangan lawan sungguh berkesan menyebabkn kami tiada jawapan untuk menangkis serangan itu. Apapun Final kali ini sangat selesa, dan semangat melawan agak kurang. kekalahan ini juga menyebabkan pasangan pet/acs tidak boleh berganding di tournoment akan datang, Johan akan mendapat kelebihan iaitu akan kekal berpasangan untuk tour akan datang.

Penantian Final penuh debaran

Ini berita mengembirakan, kami sebenarya melangkah ke perlawanan akhir tournoment badmntn chung hwa. posting sbelum ini rupanya silap, sebenarnya FINAL. WOW..Informasi kurang tepat dr pengurus tournoment. Apapun perlawanan ini sungguh mendebarkan, baru sebentar tadi pengurus tournoment sms yg mengatakan perlawanan dijalankan lewat ataupun dtunda ke hari jumaat. perkara ini merosakkan Fokus. Hasil perbincangan antara pemain perlawanan ini tetap dijalankan hari ini. Apa yang penting, fokus sahaja terhadap perlawanan ini, tenang dan melakukan sebaik mungkin. Diharap nama SMKN dapat membawa Title kali ini.

Monday, June 21, 2010

Ke Peringkat Akhir

Pasangan acs/pet melangkah bergaya ke peringkat akhir mengalahkan pasangan msri/prncis 14-21, 21-8, 21-18. Set pertama bermula hambar apabila pasangan acs/pet sering melakukan kesilapan mudah, memberikan mata percuma kepada lawan. set kedua pasangan ini mula mengatur langkah, mengasak dan menekan lawan,usaha ini membuahkan hasil. set ketiga kedua-dua pasangan sering berkejar mata. mereka mendahului 11-7. Kami terus berusaha, mengelakkan sebarang kesilapan dan membuat lebih banyak pukulan smash. saya mula agak keletihan dikala pet sering melakukan kesilapan sengaja. kami teruskan perjuangan tanpa menoleh kebelakang lagi dan mendahului 17-14, lawan terus mengasak. kami memenangi set ketiga 21-18. Tahniah buat kedua pasangan. Perlawanan kali ini sangat sukar. Tetapi dengan keazaman yang tinggi berjaya jga akhirnya.