Monday, October 12, 2009

Rahsia disebalik pergerakan badan seseorang

Setiap pergerakan tubuh badan kita tu ada maksudnya tersendiri apabila kita selesa mahupun disebaliknya. perasan tak bila kita tak selesa secara automatik kita akan berpeluh atau tangan dan mata kita akan tak tentu arah. Disini ada sedikit maksud pergerakan. So, kaji dan cuba lihat kesahihan dia.
  • 1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap.

Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, mutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.

  • 2.Berpeluk tubuh ketika bercakap.

Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.

  • 3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari.

Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

  • 4.Mata dan dahi berkerut-kerut.

Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.

  • 5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa.

Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.

ADAKAH IA TREND BARU

Permainan bdmtn agak menarik hari ini dmana semua game dipertaruhkan. Maksudnya, semua pemain kena bermain sebaik yang boleh, sebarang kesilapan membawah padah kekalahan pasti menanti. Fokus utama adalah memenangi kedua-dua set. Permainan seperti ini sangat berkesan untuk melatih setiap pemain bermain bersungguh-sungguh. Persoalannya adakah trend ini diteruskan?


Hari ini sy bemain 3 game, 2 kali menang dan 1 kali kalah. RM2.60 melayang utk shuttle...

acs/joe lost to jm/jhony 20-22, 14-21, acs/abend def jm/jhony 21-14, 21-17, acs/joe def abend/jhony 21-14, 21-19...

Friday, October 09, 2009

PERNAHKAH ANDA MENERIMA EMAIL NI?

CONFIRM MTCN PAYMENT DETAILS !!!
I write to inform you that we have already sent you $5000.00USD dollars
through Western Union as we have been given the mandate to transfer your
full compensation payment of $2.100, 000,00 USD via Western Union by the
united nation Government.So, I decided to email you the MTCN and sender
name, so you can pick up this $5000.00USD to enable us send another
$5000.00USD by tomorrow as you know we will be sending you only
$5000.00USD per day. Please pick up this information and run to any
Western Union in your country to pick up the $5000.00USD and call me back
to send you another payment tomorrow.

Manager: Mr.Nicholas Pfeiffer
Email:mr1pfeiffer@aim.com
Phone:+234-80654-22400
Call or email me once you picked up this $5000.00USD today.
Here is the western union information to pick up the
$5000.00.USD you can also track it on-line @ www.westernunion.com

SENDER INFORMATION
NAME:JEANNI TAVLIN
MTCN:6841438719
QUESTION: HONEST
ANSWER:TRUST
AMOUNT:$5000.00USD

Regards,
Mr.Nicholas Pfeiffer

Wednesday, October 07, 2009

NUTP sambut baik penggredan baru SPM

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik penggredan baru untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng berkata, pihaknya menyambut baik keputusan kementerian itu kerana menyedari keberkesanan sistem penggredan baru tersebut.

"Sebenarnya sistem penggredan baru ini adalah satu sistem lama yang diperkenalkan semula.

"Oleh kerana ia praktikal dan berkesan untuk menilai prestasi sebenar pelajar, maka sebab itu kerajaan menukar semula sistem ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom mengumumkan sistem penggredan baru bagi pelajar SPM dan menggantikan sistem penggredan yang lama.

Sistem itu akan mula dilaksanakan tahun ini dan semua pengetua di seluruh negara telah dimaklumkan agar memberi penerangan kepada calon-calon yang akan menduduki SPM tahun ini.

Dalam pada itu, Yim Pheng berkata, sekolah-sekolah di luar negara juga mengamalkan sistem penggredan yang sama dan memang terbukti ia berkesan

"Ini juga akan memudahkan kementerian menilai prestasi pelajar dengan lebih tepat.

"Sebagai contoh, sebelum ini, pelajar yang mendapat 80 peratus juga akan mendapat gred A sama dengan pelajar yang mendapat 99 peratus, tetapi kini dengan sistem baru kita sudah ada tiga peringkat A iaitu A+, A dan A-," jelasnya.

Sehubungan itu, Yin Pheng berkata, cara itu akan membuatkan para pelajar lebih kuat bersaing antara satu sama lain.


Monday, October 05, 2009

Permainan yang bukan tahap sebenar

Permainan badminton hari ini tidak begitu memberangsangkan. Walaupun berhempas pulas mencapai kemenangan, namun sebenarnya permainan itu bukan ditahap maksimum. Faktor utama pemyumbang kegagalan ialah racket yang tidak selesa, racket itu baru dan mempunyai tension 48 tension yg tinggi dan tidak sesuai untuk sy. Apapun sy memberikan permainan meyakinkan membuatkan lawan tertekan. Mungkin Bidding itu yang membuatkan sy bermain sungguh-sungguh tetapi bukan dalam tahap sebenar, apapun sy terima apa saja yang berlaku.

KAJIAN TINDAKAN
Masih dalam proses penyiapan. Mambuat kertas Ujian Pra & Pos, dan Soal selidik yang ringkas..ada poh......

PENEMUAN
Fail PDF boleh ditukarkan ke Word dengan menggunakan perisian.Tetapi belum terbukti.

Sunday, October 04, 2009

Davydenko juara ATP Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Nikolay Davydenko mengesahkan ramalan sebagai pemain pilihan pertama kejohanan selepas mengalahkan Fernando Verdasco 6-5 7-5 dalam saingan akhir kejohanan ATP Terbuka Malaysia yang berlangsung petang ini. - Utusan

KEPUTUSAN PENUH
KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA TERENGGANU 2009
BERGU CAMPURAN
Fairuzizuan Tazari/Wong Pei Tty mn Razif Latif/Nairul Suhada Latif
21-17, 21-7 [25 minit]

PERSEORANGAN WANITA
*2 Lydia Cheah Li Ya mn Tee Jing Yi
21-14, 21-19 [27 minit]

BERGU LELAKI
*4 Chan Chong Ming/Chew Choon Eng mn Goh Wei Shem/Vountus Indra Mawan
21-13, 21-19 [25 minit]

BERGU WANITA
*1 Wong Pei Tty/Chin Eei Hui mn *2 Amelia Anscelly/Nairul Suhada Latif
21-16, 21-11 [25 minit]

PERSEORANGAN LELAKI
*2 Kuan Beng Hong mn *1 Muhammad Hafiz Hashim
21-18, 21-17 [30 minit]

Keputusan perlawanan Liga Perdana England

Bolton 2, Totenham 2

Burnley 2, Birmingham 1

Hull 2, Wigan 1

Wolverhampton 0, Portsmouth 1

Manchester United 2, Sunderland 2

Saturday, October 03, 2009

Cara Bagaimana Untuk Tarik Minat Anak Mempelajari Perkara Baru

Selalunya kanak-kanak akan merasa tertekan bila dia dipaksa mempelajari sesuatu perkara yang dia tidak suka atau minta apatah lagi jika kita menggunakan kekerasan terhadap dirinya sudah pasti setiap ilmu yang dipelajarinya akan ingat, ingat lupa..atau paling tidak pun ilmu itu akan lepas begitu sahaja.

Bagi kebanyakan ibu bapa apabila melihat anak-anak itu belajar dengan tanpa disuruh atau dipaksa, sudah pasti akan membuatkan setiap hati ibubapa senang melihatnya. Bagi menjadikan hal-hal tersebut menjadi kenyataan adalah..

  1. Peranan ibubapa (mendidik atau memupuk) juga turut menyumbang pola pemikiran pada anak-anak.
  2. Pangkulah anak anda dan berikan perhatian kepada anak anda semasa proses pembelajarannya berlaku. Cara ini dapat memupuk semangar belajarnya.
  3. Ajaklah anak anda bermain dengan alat permainan yang mempunyai ciri-ciri penjelasan seperti contoh alat permainanyang dapat mengeluarkan bunyi cara ini dapat mebangkitkan minta anak itu sendiri untuk mengetahui sebab, mengapa, dan akibat. Hal sebegini akan dapat memancu anak untuk ingin tahu.
  4. Jangalah lupa berikan pujian dan penghargaan diatas hasil karyanya, maka ini akan menyuntik semangatnya untuk lebih berprestasi lagi.
  5. Jauhilah dari penggunaan kata-kata kesat pada anak anda, ini kerana ia akan menimbulkan rasa rendah diri pada anda itu sendri. Namun dikuhatiri anak tersebut akan membalikkan semuala bahasa kesat tersebut kepada anda.
  6. Sesekali berikan dia bimbingan serta kalimat atau sebarang ucapan yang bisa membuatkan hatinya senang sebagai motivasi saat belajar.
  7. Ungkapkan pujian Seperti contoh:- Wah! adik pandailah jawab soalan matametik hari ini. Bukan apa ini adalah cara untuk menyerlahkan lagi potensi kebolehan dia dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.
  8. Bahaslah bersama anak apa yang telah dibaca. Dengan cara ini dapat membantu anak untuk mengingati semula apa yang telah dipelajarinya sebentar tadi
TIPS DIET UNTUK KURUSKAN BADAN
  • Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.
  • Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.
  • Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
  • Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
  • Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
  • Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
  • Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
  • Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau… Sesekali Tidak Mengapa.

Friday, October 02, 2009

KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 5A DALAM SUBJEK PHYSICS BERTAJUK PENDOPAN MENGGUNAKAN KAEDAH SOSIODRAMA

ABSTRAK????

Thursday, October 01, 2009

01 October 2009. 3 month remaining to New year 2010. Time goes by fastly. Harus berkerja keras selagi termampu.

Hari ini main d St Edmund KB. 3 Game, 2 games won. 1 Game beat. Won in 3 set. acs/jaintn def Oliver/Farit.16-21,21-19,21-19. dapatlah 100plus free..

Wednesday, September 30, 2009

1. Bebanan kerja di sekolah bertambah. Selain P&P, pengetua suruh pula buat kajian tindakan. Dapatkah saya buat ni ya? Cabaran bukan halangan untuk berada diatas segala cabaran. Be energetic untuk mengharungi onak duri, langkah pertama mungkin sukar tetapi langkah seterusnya akan mudah. yang penting cuba bekerja keras selagi mampu, Tuhan meminta manusia untuk terus bekerja selagi hidup didunia. Teruskan bekerja dengan langkah pertama...hehe tension jg...

*** Sy bermain baik badminton hr ini. Game pertama bpasangan dgn Jm menang dgn set terus. Apb pasangan drombak, ianya menjadi percaturan kpd kedua2 pemain yg menang td. Nasib baik sy telah menafikan yg Jm bukan pemain mantap, mereka kalah d set ptama, tp menang d set kedua. Malangnya pasangan bukannya seorang pemain yg cermat. tp apapun yg penting kecergasan harus dkekalkn...................

CUEPACS SYOR GAJI AWAM DISEMAK SETIAP LIMA TAHUN.

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melakukan semakan gaji 1.2 juta kakitangan awam setiap lima tahun sekali bagi membolehkan penyelarasan dibuat berdasarkan kos sara hidup semasa.

Semakan gaji terbaru yang dilakukan kerajaan pada 1 Julai 2007 dibuat selepas tempoh 25 tahun dan gaji yang diperoleh dengan kadar kenaikan antara 7.5 peratus hingga 35 peratus itu hanya mampu menampung kos sara hidup mereka sehingga tahun depan.

Pada masa ini, kakitangan awam khasnya bagi kumpulan sokongan hanya menikmati kenaikan gaji tahunan antara RM30 hingga RM70 setahun.

Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs sudah menghantar memorandum kepada kerajaan berhubung perkara itu sebelum ini, malah Majlis Jawatankuasa Kerja Semakan Gaji Anggota Sektor Awam yang diwujudkan pihaknya akan mengatur perbincangan dan menghantar satu lagi memorandum terbaru kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kegagalan melakukan semakan gaji yang perlu dilakukan tahun depan, bakal menjadikan kira-kira 200,000 daripada 600,000 kakitangan awam kumpulan sokongan dua berada dalam kategori rakyat termiskin dengan purata pendapatan keseluruhan kira-kira RM1,100 sebulan.

"Sudah tiba masanya gaji kakitangan awam disemak setiap lima tahun sekali dan jika formula itu dilaksanakan, ia mampu menyeimbangkan pendapatan mereka dengan kos sara hidup semasa yang semakin meningkat.

"Sebenarnya, gaji diperoleh kakitangan awam sejak 2007 hanya mampu menampung kehidupan mereka sehingga tahun depan dan semakan gaji wajar dilakukan semula pada 2011," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Omar berkata, gaji asas bagi pekerja kumpulan sokongan dua yang memiliki kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ialah RM647 sebulan dan mereka mampu memperoleh purata RM1,100 sebulan selepas ditambah dengan elaun termasuk bagi perkhidmatan dan cola.

Beliau berkata, kehidupan di kota besar dengan kos sara hidup tinggi menyebabkan sebahagian besar kakitangan awam melakukan kerja sampingan.

"Unjuran peratusan kenaikan gaji dicadang dalam semakan itu akan dirujuk kepada perunding supaya kadarnya bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa," katanya.


Tuesday, September 29, 2009

29 Sept Highlights

Teaching & Learning was in progress just as usual. Preparation in teaching is very important to produce an effective output.
....................................................

Badminton
Berpuas hati dgn 4 game. acs/abn menang 3-1 ke atas meks/jhony..Single menang ke atas ben dgn set terus. Peluh keluar dgn banyaknya hari ini, pembakaran lemak pun tinggi. cergas sj rasa....