Friday, September 25, 2009

Breaking News

Friday 26 of sept- Was in KK.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
YONEX OPEN JAPAN
SEMI FINAL MEN
Chunlai BAO[CHN]
-
[VIE] Tien Minh NGUYEN [8]
Simon SANTOSO[INA]
-
[INA] Taufik HIDAYAT [4]
T.Hidayat march on Final by def Simon 13-21,21-12,21-18
----------------------------------------------------------------------------------------------------
PANDUAN CARA BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT ORANG TERTARIK DA SUKA PADA KITA
  • 1. Murahkan SENYUMAN

Cara paling mudah supaya orang tertarik dan suka tengok kita ialah tidak lain dan tidak bukan, SENYUM lah. Senyum memberikan daya tarikan yang cukup hebat. Senyum mampu menawan setiap hati yang memandangnya. Jadi, banyakkanlah senyuman. Senyum kepada sesiapa saja. Senyumlah dari hati. Senyuman dari hati akan jatuh ke hati.

Sebenarnya kalau saya nak cerita pengalaman saya mengenai kebaikan senyuman ni, memang terlampau banyak. Tapi cuma 1 saya nak kata, senyuman sayalah yang menjadi asbab pertemuan saya dengan isteri saya sekarang. :)

Jadi, toksah cerita panjang. Senyumlah selalu. InsyaAllah anda pasti di sukai orang.

* Bagi mereka yang susah nak senyum, lawatilah blog saya ini SmileMakeSmile.

  • 2. Sebarkan SALAM (Beri salam dan ucap selamat)

Ini pun satu perkara yang cukup penting untuk diamalkan. Ucapan salam dan selamat bukan saja merupakan satu betuk doa kepada orang lain, malah ia mampu memberikan satu mesej getaran atau aura yang boleh membuatkan orang lain rasa dirinya dihormati dan dihargai.

Saya seringkali menerima ucapan salam dari pekerja Bangla yang bekerja di stesen minyak. Walaupun saya tak kenal dia, dan pekerja Bangla tu pun tak kenal saya, tapi dek kerana salam yang diberikan itu, membuatkan diri saya rasa dihormati. Saya juga rasa hormat dan kagum dengan akhlak mulia yang ditunjukkan oleh pekerja Bangla tu.

Pernah juga satu hari, ketika saya berjalan menuju ke surau di MidValley, ada seorang Pak Arab memberi salam pada saya, sambil melemparkan senyuman. Walaupun saya tak kenal Pak Arab tu, tapi dia telah beri salam dan senyum pada saya. Masa tu saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya. Seronok dan terharu sekali. Terus serta merta dalam hati saya, datang rasa hormat dan suka pada Pak Arab tu (walaupun saya tak kenal dia).

Kisah sebaliknya. Di kilang tempat saya bekerja ni, ada seorang boss (orang Jepun). Boss ni sebenarnya seorang yang baik hati dan pemurah. Saya sudah bekerja dengan dia sejak tahun 2003 lagi. Jadi saya memang kenal dia. Masalah boss saya ni, cuma ada 1 jer. Boss saya ni tak suka senyum dan jarang beri ucap selamat pada orang. Kadang-kadang, orang ucap selamat pagi pun dia tak balas.

Disebabkan oleh sikapnya yang jarang senyum dan jarang beri ucap selamat ni, boss saya ni terkenal sebagai seorang yang sombong dikalangan pekerja di kilang ni. Walaupun dia seorang yang baik hati dan pemurah (selalu belanja saya makan di restoran2 yang mahal dan selalu beli buah tangan dari Jepun untuk saya), tapi disebabkan dia susah nak beri ucap selamat, maka orang lain ingat dia sombong dan berlagak. Sedangkan saya kenal dia, boss saya tu bukanlah seorang yang sombong dan berlagak.

Tapi apa boleh buat, walaupun dia baik, tapi dari pandangan mata orang lain, dia seorang yang sombong dan tidak baik. Sebab apa jadi begitu? Sebabnya, dia jarang senyum dan jarang beri salam atau ucap selamat pada para pekerjanya.

Sekian, itulah 2 perkara asas yang sangat penting untuk anda amalkan supaya orang lain suka dan tertarik pada anda.

  1. Murahkanlah SENYUMAN
  2. Sebarkanlah SALAM

Thursday, September 24, 2009

Cuti-cuti malaysia

Sepanjang cuti ni, sda 4 buah rumah sda d ziarahi..kenyang mknn sedap2. 3 di KB 1 di Rnu..Di Rnu, sempat melawat ke Poring Hot Spring. malangya terlampau ramai orang, bmcm2 ragam. Tidak sempat mandi, tp memang tak mau mandi pun..hehe.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tips agar diri disayangi dan disenangi

FITRAH kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi sehingga membuatkan diri mudah didampingi dan disanjung tinggi oleh insan lain.
Setiap perkara yang ditempuhi dalam rutin kehidupan mematangkan fikiran. Dengan tutur kata yang sopan, bijak berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang matang, sememangnya menjadi pakej diri kamu disenangi ramai. Kongsi tip agar diri mudah dicintai.

* Positif

Menerusi buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik seharusnya bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik terhadap insan lain sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran positif walau apa jua perkara yang dilakukan.
Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.

* Ceria

Berada berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang sememangnya membuatkan diri kamu lupa sejenak bebanan masalah yang bersarang di kotak fikiran. Kehadiran si penceria senantiasa dinanti-nantikan. Di saat kamu tersenyum, tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang stres.
Jadi, sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.

* Ramah

Saat bertemu dengan insan yang baru dikenali, mereka yang memiliki sikap ramah tidak akan berasa ragu untuk melemparkan senyuman mahupun menyapa.
Sikap ramah biasanya mendatangkan kesan positif kerana ia akan membuatkan orang yang bersemuka dengan kamu berasa dirinya diterima dan dihargai.
Jangan ragu untuk mengawal interaksi dengan orang lain. Mula berlatih berbicara secara langsung menerusi talian telefon dengan orang lain, jika impikan keramahan itu.

* Ringan tangan

Kualiti seorang rakan akan dinilai menerusi bantuan yang dihulurkan. Jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan bantuan. Jika berada dalam posisi tersebut, kamu tentunya mudah menawarkan bantuan saat mereka memerlukan.

* Rendah hati

Berbeza dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk.

* Percaya diri

Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di sekeliling. Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang memiliki sifat serupa dengan yang lain. Jadi, jangan ragu untuk menampilkan keunikan diri kamu itu.

* Pemaaf

Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang. Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman. Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.

* Jujur

Kata orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong. Selain akan menimbulkan salah faham, ia juga akan merugikan orang lain. Maknanya, jangan hairan apabila orang jujur dicintai semua orang.

Sumber – KOSMO

Orang yang dicintai adalah peribadi yang disenangi, dirindui dan membuatkan orang lain bahagia saat berada di sisinya.


Saturday, September 19, 2009

RADIO ONLINE

Satu jenis Interaktif terbaru dalam blog saya. Radio Online ini hasil imbasan sepintas lalu daripada Blog Mimno II. Terima kasih diucapkan. Semoga dengan lebih banyak interaktif minda dapat berkembang dengan pesat. Sy mengucapkan salam aidilfitri kepada semua yang beragama Islam, maaf zahir dan batin.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Cuti seminggu sempena hari raya sda bermula. Aktiviti utama sepanjang cuti ialah memenuhi jemputan rumah terbuka hari raya. Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara satu sama lain. Selain itu, tugas hakiki sebagai guru tetap akan diteruskan sepanjang cuti, semua urusan sebagai Pentaksir harus diselesaikan. Bermula juga rekreasi badminton dengan kawan-kawan lama dengan rancangan pertama ialah di Dewan Univ Apartment KK 20hb sept 2009.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

TIPS BAGAIMANA UNTUK TIDUR LEBIH LENA

Adakah anda seorang yang sukar untuk bangun pada waktu pagi? Rasa mengantuk pada waktu petang? Adakah fikiran anda sentiasa teringatkan tilam empuk, walaupun ketika anda sedang sibuk bekerja pada waktu siang? Ini semua adalah senario biasa di kalangan kita sebenarnya. Bukan kerana kita malas, tetapi ramai antara kita kekurangan suatu aktiviti yang penting dalam hidup kita, iaitu TIDUR.

Alahai lenanya dia...

Alahai lenanya dia...hik hik

Malangnya, pada zaman kita semua berlumba-lumba mengejar kemakmuran dan terpaksa bekerja hingga lewat petang atau malam, kita mudah terjebak ke dalam gaya hidup yang tidak sihat. Tahukah anda, banyak sekali hasil penyelidikan membuktikan bahawa tidur dan kesihatan itu adalah saling berkait rapat. Dalam satu artikel yang saya pernah baca, iaitu hasil tulisan Lawrence Epstein, M.D., Pengarah Perubatan Serantau Sleep Health Centers di Boston, Massachusetts, dan bekas presiden American Academy of Sleep Medicine mengatakan bahawa, kebanyakan orang memerlukan 7 hingga 8 jam waktu tidur semalaman. Tidur ini diperlukan bukan semata-mata untuk menjaga kecantikan kulit dan menyerikan wajah, tetapi ia adalah untuk membantu mengekalkan kesihatan!

Jadi, berhati-hatilah jika anda seorang yang selalu tak cukup tidur. Kerana, kurangnya tidur, boleh menjadi punca beberapa masalah kesihatan. Berikut ini adalah beberapa kesan buruk daripada kurangnya tidur (mengikut satu hasil kajian) ;

  • menyebabkan peningkatan berat badan
  • menyebabkan tekanan darah tinggi
  • menyebabkan sistem imun kurang berkesan
  • menyebabkan badan jadi lemah dan lesu
  • menyebabkan muka jadi tak ceria dan pucat
  • menyebabkan pedih-pedih pada mata dan mata jadi merah
  • mudah tumbuh jerawat pada muka
  • menyebabkan otak berserabut dan tertekan
  • mudah pening kepala

Jadi, TIDUR itu sangat penting yer. Mak saya selalu pesan, “Jangan jadi macam musang yang suka berjaga malam. Tak bagus untuk kesihatan. :)

Apapun, dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimanakah cara kita boleh mendapat tidur dan rehat secukupnya pada waktu malam.

Berikut adalah beberapa tips yang saya amalkan dan mungkin juga anda boleh amalkan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

  • Menetapkan rutin waktu tidur yang sesuai. Contohnya, tetapkan waktu tidur anda jam 11.30 malam. Pastikan apabila dah dekat jam 11.30 malam tu, baringlah atas tilam empuk anda. Golek-golek sikit, termenung sikit, berangan sikit, dan jangan lupe baca ayat Quran yang dianjurkan seperti ayat kursi, 3 Qul dan doa tidur.Janganlah pulak, dah dekat kul 11 malam, baru nak terhegeh-hegeh pasang DVD movie kegemaran anda. Nanti syok layan movie, terlajak pulak masa untuk anda tidur. Patut tidur pukul 11.30 malam, tapi disebabkan layan movie, tidur la pukul 1 pagi. Kan dah tak cukup tidur dah jadinya tu nanti.
  • Padamkan semua lampu. Tidur dalam gelap. Sesetengah orang ada juga yang tak boleh tidur dalam keadaan yang terlalu gelap. Apa2pun, ejas la ikut kesesuaian anda. Kalau saya, memang suka tidur dalam keadaan yang gelap gelita.
  • Tutup semua peralatan yang menyebabkan bunyi bising, contohnya radio ker, TV ker dan lain-lain.
  • 5 minit sebelum tidur, sembur sedikit air freshner dalam bilik tidur supaya udara menjadi lebih segar dan harum gitu.

Sekian, itulah beberapa tips yang saya amalkan dalam memastikan tidur saya lena dan mendapat rehat yang mencukupi. Korang pula bagaimana? Takde apa2 tips ker?


Wednesday, September 16, 2009

Sekolah cuti khas Jumaat ini

PUTRAJAYA: Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Beliau berkata pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.
"Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya," katanya dalam kenyataan media.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keputusan Liga Juara-juara

Berikut keputusan perlawanan bola sepak Liga Juara-juara yang berlangsung pagi ini.

KUMPULAN A:

Juventus 1 Girondins Bordeaux 1

Maccabi Haifa 0 Bayern Munich 3

KUMPULAN B:

VfL Wolfsburg 3 CSKA Moscow 1

Besiktas 0 Manchester United 1

KUMPULAN C:

FC Zurich 2 Real Madrid 5

Olympique Marseille 1 AC Milan 2

KUMPULAN D:

Chelsea 1 Porto 0

Atletico Madrid 0 APOEL Nicosia 0

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, September 15, 2009

Breaking News Update

Fokus, positif dan tenang punca permainan berkesan

acs/abend def jntn/tim 15-21,21-16, acs/joe drw with pet/jhony 21-19,19-21, acs/abend def jntn/tim 16-21, 21-10. Sy berpuas hati dgn permainan hr ini, beberapa perkara yg menarik hr ini. Pasangan pet/jhony hampir tewas straight set kpd pasangan acs/joe. Perlawanan berfrofil tinggi, dmana pet banyak melakukan kesilapan mudah menyebabkn beliau byk menghempaskan racket. Racket Jhony yg berharga RM 700 patah akibat planggaran dgn racket pet, semangat mereka utk menang begitu tinggi sehingga begitu, tetapi pasangan acs/joe tdk mudah mengalah malah terus melawan sehingga ke titisan darah terakhir. Kemenangan mereka d set ke 2 sedikit mengubat kekecewaan ini, tetapi apakan daya racket yg mahal menjadi mangsa. Jhony kurang bernasib baik hr ini, tetapi dengar2 dia menang nombor pula da...syukur......ada jg bikin beli racket...hehehe
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Terbuka AS: Federer kecundang di tangan Del Potro

NEW YORK 15 Sept. - Juan Martin del Potro dari Argentina bertarung hebat dalam lima set untuk menumbangkan juara lima kali Roger Federer 3-6, 7-6, 4-6, 7-6, 6-2 dan meraih kejuaraan tenis Terbuka Amerika Syarikat. Pemain berusia 20 tahun itu yang dapat bertahan dalam dua pemutus bermain penuh yakin untuk merangkul kejuaraan Grand Slam pertamanya dalam tempoh empat jam enam minit. Del Potro yang mempunyai ketinggian 1.98 meter menelentang dan melindungi air matanya yang mengalir selepas pukulan pemain Switzerland itu membuat pukulan terkeluar untuk memberikan mata kejuaraan. - Reuters

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Clijsters ibu pertama rangkul Terbuka AS

NEW YORK - Kim Clijsters melakar sejarah, kembali daripada persaraan dua tahun untuk merangkul kejuaraan tenis Terbuka Amerika Syarikat, semalam menjadikannya pemain bukan pilihan pertama meraih gelaran Terbuka dan ibu pertama muncul juara kejohanan Grand Slam sejak 1980. Bintang Belgium itu membenam cabaran pemain remaja Denmark dan pilihan kesembilan, Caroline Wozniacki 7-5, 6-3 untuk menjuarai Terbuka AS buat kali kedua dan membawa pulang hadiah kemenangan AS$1.6 juta (RM5.6 juta).

--------------------------------------------------------------------------------------------------

NONI

NONI makanan pembekal enzim. berkesan mengubati pelbagai penyakit. sy sebagai orang yg sda merasai kehebatan NONI, mengakui memang berkesan. antara lain ialah memberi tenaga yg luar biasa. Hubungi sy untuk maklumat lanjut atau klik button NONI di sebelah.

Monday, September 14, 2009

Tawaran Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT 2010) Peringkat Sarjana Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Tarikh Tutup 18 September 2009
Tempat Universiti di Jepun
Tempoh Oktober 2010 - September 2011 (12 bulan)
Kategori Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Syarat-syarat
Permohonan
  • Calon-calon yang ingin memohon biasiswa ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur seperti di dalam brosur
  • Syarat-syarat cuti belajar seperti di Lampiran A
Penajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT 2010)
Dokumen
Permohonan
  1. Borang KPM(LDP) 1/2003 (Pindaan 2005)
  2. Borang JPA(L) LDP 1B/96
  3. Pengesahan Kursus Di Luar Negara
  4. Borang-borang permohonan biasiswa - Monbukagakusho : MEXT Application Form
Semua calon perlu mengemukakan borang permohonan yang lengkap diisi ke alamat berikut :-

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 12-13, BLOK E12, PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62614 PUTRAJAYA
(u/p : Puan Zalina bt Morad)

Pegawai
Bertanggungjawab
ZALINA BT MORAD
e-mel : zalina.morad@mod.gov.my
Tel : 03 - 8884 7119 / 03 - 88847650
Faks : 03 - 8888 6294

Sunday, September 13, 2009

No blog Updates

Gara-gara off-line......Us open...Federer mengetuai 4 teratas, serena kalah kpd Kim C..

Thursday, September 10, 2009

US Open Updates..Badminton

Semi Final Mens
1. Roger Federer vs Novak Djokovic
2.

Womens
1. Serena William vs Kim Clijsters
2. Yanina Wickmayer vs Caroline wozniacki

Hari ini bermain di Tamudarat, bermain single sebanyak 4 set. 4 Set bermain 4 set juga menang tanpa menjatuhkan sebarang set. Lawan James@Boko pemain sedang meningkat, perlawanan terakhir kami, saya kalah dgn set terus, masa kemuncak tidak fit. Tetapi kali ini sy agak bernasib baik kerana menang semua set.

Wednesday, September 09, 2009

US Open Men & Women round of 8..Badminton

US Open Day 9 Highlights
Mens-Rafael Nadal, Marin Cilic, Fernando Gonzalez, Juan Martin Del Porto, Roger federer, Novak Jokovic, Robin Soderling, fernando Verdasco.
Womens- Kim Clijsters, Serena William, Katryna Bondarinko, Melanie Oudin, Caroline Wozniaki, Yanina Wickmayer.

Roger federer VS Robin Soderling
Novak Jokovic VS fernando Verdasco
Fernando Gonzalez VS Rafael Nadal
Juan Martin Del Porto VS Marin Cilic

Serena & Clijsters March on Semi

Badminton SMKN
Fokus dan tenang kunci kemenangan
Rutin mengeluarkan peluh berjalan seperti biasa hari ini. Suasana lebih tenang & terkawal. Kesemua game berlangsung tanpa tekanan. Sy pastinya tidur lebih lena mlm ini disebabkan persembahan yg meyakinkan, kawalan emosi yg baik berbanding smlm. Untuk memenangi game kawalan emosi sangat penting, sentiasa fokus kpd perlawanan dan berusaha mengelakkan sebarang kesilapan. 2 game hari ini sangat membanggakan dmana kedua-duanya menang tanpa menjatuhkan sebarang set kpd lawan: acs/jm def pet/jtn and def pet/mike. keduanya straight set dgn angka mata yg mudah. Bravo!





















































Tuesday, September 08, 2009

US Open Highlights...Game emosi tp menyeronokkan..

Semua 4 rangking teratas tenis lelaki mara dgn bergaya diketuai penyandang jauara tahun lepas Roger, bg wanita kejutan terus berlaku dmana pemain berusia 17 tahun Melanie Oudin dr US mara ke suku akhir, tetapi Serena penyandang juara turut mara. Tetap menyokong Nadal dan Serena sbg bakal juara.

Hari ini tidak seperti hari2 lain. Bermula dengan game pertama, game berfrofil tinggi, acs/dny draw dgn meks/jhony 16-21, 21-8. Kekalahan 2 set mengakibatkan pasangan yg kalah menanggung bayaran shuttle, tetapi game berkesudahan seri. Perlawanan terus menjadi pengajaran buat pemain2 dimana perlu bermain 100% sepanjang game. Pemain yang tidak dapat menyerap tekanan akan membuat ksilapan sendiri. Suasanana game hari ini tidak begitu menyeronokkan kerana terdapat pemain yang berlakon. Nasib baik game terakhir sedikit mengubat suasana dmana pasangan acs/joe menewaskan pasangan mike/aben 22-20,21-19. Budaya game di SMKN agak berlainan dmana semua pemain telah memahami karakter masing-masing, dan pergaulan yg rapat antara satu turut menyumbang kpd suasana ini.