Friday, March 05, 2010

Bermain dengan budak-budak

Hari ini planning sepatutnya ke Dewan Maksak Likas bermain badminton dengan rakan sepermainan. Atas sebab ada perkara lain yang lebih penting, maka planning itu dibatalkan sahaja. Kebetulan pula, training budak badminton smkn diteruskan hari ini. kukuh lagilah sebab tdk pergi ke dewan maksak.

Kecergasan dikekalkan dengan bermain lagi. Tapi kali ini bermain single melawan budak wakil smkn. tetap menang 3-1 . tetapi stamina tercabar sekali lagi. yang penting, peluh banyak dikeluarkan, pembakaran kalori dan kecergasan dikekalkan. penat rasanya hr ini.....kalau pergi likas rasanya tdk berbaloi dengan hanya beberapa set bermain, pembakaran lemak tidak banyak berlaku, dibandingkan bermain single , stamina tercabar!

Thursday, February 25, 2010

92.55 peratus calon STPM 2009 lulus penuh

KUALA LUMPUR: Kira-kira 92.55 peratus daripada 48,446 pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) tahun lalu lulus penuh, Majlis Peperiksaan Malaysia mengumumkan hari ini.

SMK Narinang masih belum diketahui statusnya..mengelirukan!

Wednesday, February 17, 2010

Main juga?

Badminton tetap diteruskan walaupun cuti, tp hari ini bermain single menang 4-1 dalam 5 set. lawan tetap memberi saingan, menguji kemampuan dan stamina, cuma kalah dari segi mental. Sy akur dengan kelebihan staminanya tetapi masi banyak kelemahan dan perlu belajar bermain.

Tuesday, February 16, 2010

Chinese New Year Break

3 Days working Off in conjungtion with CNY. Monday, attend Family Day at Kg logkou Telipok, very nice day, i've recognised with family origin at grandmother side. we have introduced with all relatives. Benarlah kata pepatah Tak Kenal maka Tak Cinta. When know, it fells so close. Tuesday, attend CNY open house at membakut, no angpau 4 me, but only for my kid. Pull with Limau and other foods.

Saturday, February 06, 2010

Bermula Latihan Tempatan sebagai Pegawai Sukarela Askar Wataniah

Hari ini bermula Latihan Tempatan Rej 507 Askar Wataniah BTN 1. 3 Batalion di Sabah dalam Rej ini, mungkin telah bermula hari ini. Sy telah memasuki alam tentera pada tahun 2000 sebagai Pegawai Kadet Palapes di UKM, Bangi. Ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di UUM, Sintok pada tahun 2003 dan pada tahun yang sama menerima sijil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. 2 Sijil yang berbeza tetapi cukup berguna sepanjang hidup. Minat menjadi tentera timbul semasa menuntut di Pusat Matrikulasi UKM, N.Sembilan dimana sy mempunyai ramai kawan tentera pelbagai pangkat dari sabah bertugas di N.sembilan. Minat ingin mendalami hidup mereka serta menambah ilmu tentera sekaligus menyumbang kepada karier ini. Sekarang masi aktif sebagai Pegawai Sukarela di BTN 1 Komp A Rej 507 AW.

Hari ini mesyuarat pembentukan AJK baru Komp A. Jika sebelum ini sy Pengerusi, kali ini sy jadi Tim. Pengerusi 1, senang sikit tugas tahun ini. Aktiviti besar yang akan dilaksanankan dalam masa terdekat ini ialah Pembukaan Parlimen K.Belud.

Thursday, February 04, 2010

PBS 2010

Penyelaras PBS tahun lepas telah ditukar kepada nama baru. mesyuarat kali ini lebih kepada perbincangan pelaksanaan PBS 2010. Banyak perubahan disebabkan kekangan kewangan. Kumpulan MP tertentu tidak memerlukan penyelarasan antara PKW dan PS. Pemantauan dan penyelarasan dalaman akan dilakukan oleh PK 1. MP tersebut tidak menyumbang kpd markah SPM, cuma diberikan Sijil. Manakala MP lain yg memerlukan PKW perlu memantau dan menyelaras perlu melaksanakan penyelarasan. Senang sedikit tugas tahun ini.

Sunday, January 31, 2010

Roger Federer kukuhkan status pemain tenis paling Tersohor.

Roger Federer luar biasa. Roger federer mengukuhkan statusnya sebagai pemain tenis paling tersohor abad ini apabila menjuarai terbuka australia 2010. Ini adalah kejuaraan kelima buatnya dlm kejohanan yang sama, sekaligus mengukuhkan rangking pertama dunia dan melebarkan kemenangan grand slam sebanyak 16. Roger is so outstanding. Seorang pemain yang paling tenang dan mempunyai mental yang kuat. Pengalaman lah yang membezakan antara beliau dengan pemain yang cuba menggugat kedudukannya. Perlawanan akhir kali ini semacam berat sebelah, disebabkan kemenangan federer tidak perlu diheret sehingga ke 5 set. Andy Murray kempunan Grand Slam buat kali kedua apabila tewas di tangan Federer di US Open tahun lepas. pemain2 seperti mereka harus belajar bermain tenis daripada Roger. Pemain2 dunia yang lain hanya berputih mata dan terpaksa menggigit jari tatkala Roger melebarkan koleksi kejuaraan. Dunia semacam tidak adil, kenapa perlu ada seorang yang paling menyerlah, tidak memberi peluang kepada pemain lain untuk mencipta nama? Tetapi itulah hakikat dalam Sukan, bakat, kesungguhan, ketabahan, kesabaran menjadi senjata utama untuk berjaya. Tahniah Roger federer!

Saturday, January 30, 2010

Serena William juara terbuka australia

Serena William(1) muncul juara buat kali kelima tenis terbuka australia 2010. Serena mengalahkan Justine Henin Hardene 6-4, 3-6, 6-2. Pertama kali perlawanan 3 set dlm perlawanan akhir kejohanan ini. Serena sekaligus menafikan kemunculan semula Justine dalam arena tenis setelah bersara pada 2008. Sehingga kini, Serena mengumpul 12 kemenangan Grand slam. Serena juga muncul juara dalam acara double bergandingan dengan kakaknya Venus.

Pasangan Bergu Bryan/Brayn(1) dari USA muncul juara acara bergu lelaki. Mereka menewaskan Nestor/ Zimonjic 6-3, 6-7, 6-3(2)

Single lelaki menampilkan Federer(1) melawan Andy Murray(5) dalam perlawanan akhir. Menurut Federer, Tekanan tertumpu kepada Andy yang mana beliau masi menantikan kemenangan Grand Slamnya yang pertama. namun berdasarkan persembahan semasa, Andy boleh memenangi kejohanan kali ini.

Friday, January 29, 2010

Australian Open 2010

Australian Open 2010 : Pasangan adik beradik William, Venus & Serena muncul juara sekali lagi dalam double wanita terbuka australia 2010. Ini adalah kejuaraan keempat mereka dalam kejohanan ini dan sekaligus mempertahankan gelaran yang dimenangi tahun lepas. Mereka mengalahkan pilhan utama yg juga double no 1 dunia C.black(Zim)/Huber(USA) 6-4, 6-3. Serena William akan beraksi sekali lagi dalam final single menentang bekas pemain no 1 Justin henin. Justin henin telah mengejutkan dunia tenis apabila mengumumkan bersara pada 2008 wpun ketika itu beliau berada di rangking no 1. Penganalisis tenis menyifatkan pertembungan kedua-dua pemain ini sebagai buku dan ruas, kedua-dua pemain mempunyai peluang 50/50 untuk menang. Ketika ini Serena memenangi 11 kejohanan major dan jika menang kali ini beliau akan menyamai rekod Billie jean King, pemenang Grand Slam 12 kali.

Federer meneruskan aksi menakjubkan apabila mudah menundukkan J.Tsonga dari perancis dengan straight set. Beliau akan bertemu dengan Andy Murray dr Britain dalam perlawanan akhir tenis lelaki. Andy murray belum memenangi kejohanan Major ketika ini, jika menang, ini merupakan grand slam pertamanya dan akan mencatatkan sejarah satu-satunya pemain britain yang memenagi kejohanan grand slam. Bagi federer, tidak ada lagi yang mampu diperkatakan, beliau sudah menjadi pemain tenis paling tersohor ketika ini, memenangi 15 kejohanan grand slam dan merupakan pendahulu senarai pemenang di hadapan pete Sampras 14 grand slam. federer tidak mempunyai tekanan yang begitu tinggi dalam perlawanan yang sengit ini selain mahu melebarkan rekod kemenangan grand slam. Saya hanya berharap Andy Murray akan melakukan yang terbaik kali ini, dan akan menebus kekecewaan pada US Open tahun lepas ditangan Federer lawan yang sama kali ini.

Thursday, January 28, 2010

Australian Open 2010

Andy Murray progressed to Final by defeating Marin Cilic 3-6, 6-4, 6-4, 6-2.

Serena def N Li 7-6, 7-6, J.Henin def J Zheng 6-1, 6-0, Serena vs J. Henin in Final.