Saturday, May 23, 2009

My Wedding Day 29.12.2007





Daily Routine

Menjalani rutin harian. Kalau sabtu lepas kami sekeluarga mengikuti aktiviti Futsal anjuran YundukFamily, hari ini pula berehat di rumah. Saya hanya ke Kem Paradise untuk mengikuti Latihan Tempatan Askar Wataniah. Malangnya jadual latihan telah berbalik kepada yang asal, iaitu hanya bermula pukul 1 pm, sedangkan sy bergerak seawal pukul 10 am mengikut jadual terbaru. Nasib baik maklumat diterima. Terpaksalah berehat di rumah di KB. Bergerak ke kem pukul 12.30pm, bertemu dengan semua anggota. Tiada aktiviti sukan hari ini, mencuci kereta saja...

Friday, May 22, 2009

Serba serbi tidak menjadi hari ini

Permainan badminton hari ini agak membosankan gara2 hampir tidak cukup korum, nasib baiklah Mr mike sampai tidak lama kemudian walaupun beliau sibuk dengan urusan hari besarnya. Berpasangan tidak lain & tidak bukan Joanes hr ini sekali lagi memberi tentangan sengit kepada Mike & Juitin. Saya tidak dapat bermain dengan baik hari ini berikutan kelewatan permainan dan keadaan persekitaran yang panas. Kami kalah 21-14, 15-21 dan 21-18. Permainan single dengan Mike, menyaksikan Mike kalah 21-18.

Thursday, May 21, 2009

SMKN MENANG BERGAYA



21 MEI 2009: SMKN menang bergaya dengan mengalahkan tim pemain sekolah 2-0. SMKN hampir menurunkan pemain terkuat. Secara keseluruhan, pemain tim sekolah mempunyai kelebihan dari segi stamina, tetapi gagal dari segi perancangan strategi. SMKN berkelebihan dari segi pengalaman dan perancangan bidan terjun agak berkesan kerana menghasilkan counter attack yg berkesan. Syabas SMKN! Diharap SMKN lebih unggul dan bersedia untuk perlawanan luar akan datang. Barisan pemain : Androw CS,Jamil,Hendry, Joly,Sarun,Jikon,Jomiri,Jim,Zinor,Madin,Meksius,Jinih.

Wednesday, May 20, 2009

Hampir melakar kejutan

20 Mei 2009: Pasangan acs/joanes hampir melakar kejutan apabila memberi tentangan sengit kepada pasangan veteran berpengalaman pet/jtn. Pasangan acs/joanes tewas straight set 19-21, 23-24 kepada pasangan itu. pasangan yg diturunkan sebagai underdog itu telah mengucarkacirkan permainan lawan dengan pukulan2 yg mengelirukan ,menyebabkan lawan berada dalam keadaan tertekan dan banyak melakukan kesilapan. Kemenangan mereka bererti telah mengelakkan berita kurang baik daripada dihebahkan di kantin esok. Apapun syabas kpd pasangan acs/joanes kerana mempamerkan permainan cemerlang. Sementara itu, pasangan Meksius/Abend terpaksa mengiggit jari hasil kekalahan kepada pasangan yg sedang meningkat acs/jm. pasangan acs/jm menang set terus 21-16, 21-16 tanpa sebarang tekanan. Syabas! Nyenyak tidur malam ni.

Tuesday, May 19, 2009

Permata Hatiku- Anna Vivienne A





SMKN KALAH DENGAN BERMARUAH

19 MEI 2009. SMKN sekali lagi mendapat tamparan hebat apabila kalah 0-2 kepada lawan dari Taginambur. Dengan kehadiran 9 orang pemain dan khidmat 2 orang pelajar, smkn mempamerkan semangat juang yang tinggi. Namun dengan kelebihan usia, pihak lawan bernasib baik kali ini. Kemenangan lawan dibantu pula oleh cuaca buruk, skuad guru agak gayat bermain dengan cuaca buruk. yang kalah tetap kecewa, tp sudah menjadi adat permainan, belajar terus dari kekalahan. Senarai pemain: Meksius, Jikon, Joly, Sarun, Madin, Jamil, Hendry, Jomiri, Androw CS. Syabas!

Badminton: Tiada apa yang dapat dibanggakan, sudahlah kalah bola sepak, tidak sempat bermain badminton pula lagi.

Monday, May 18, 2009

KEMENANGAN SEMPURNA

18 MEI : Pasangan acs/jm mengalahkan pasangan pet/jtn dengan set terus 21-15, 21-18. Bermain tanpa tekanan antara kunci kemenangan disamping sentiasa mengelakkan kesilapan. Namun pasangan pilihan jm/abnd dikecewakan oleh pasangan acs/joe, walaupun berkesudahan draw. tp pasangan acs/joe merupakan underdog namun berupaya menang. hehe..nyenyak tidur malam ni.

Sunday, May 10, 2009

MUTD JUARA EPL MUSIM INI


Siapakah pasukan paling layak menjadi juara EPL & UEFA. Persoalan sudah pun terjawap. MUTD telah pun mengesahkan kejuaraan EPL musim ini.

Friday, May 08, 2009

Jadual Penyelarasan PEKA 2009

Terdapat 6 orang Pentaksir telah dipilih. Mereka ialah En. Peter semudin [SMK Narinang], En. Paujin Gunting [SMK Desa Wawasan], En. Sabdani Batang [SMK Dato peter Mojuntin], En. Richard David Godomon [SMK ST Michael Penampang], Pn. Yusniza Azali [SMK Kota Marudu] dan Cik Henerita Rayawah [SMK Bukit Garam II Kinabatangan]. Pemantauan akan dilakukan pada bulan Julai. Namun jadual pemantauan dikeluarkan oleh JPN unit peperiksaan. Sila bersedia.